Secara ringkas novel "Sukar Membawa Tuah " mengisahkan kehidupan keluarga daripada suku kaum orang Asli iaitu Pak Katan yang melalui kesukaran hidup mendidik, membimbing anaknya yang bernama Adit sehingga menjadi orang yang berguna dan membanggakan suku kaumnya.
Gambar Hiasan:Perkampungan orang Asli Cameron Highlands |
Secara ringkas novel "Sukar Membawa Tuah " mengisahkan kehidupan keluarga daripada suku kaum orang Asli iaitu Pak Katan yang melalui kesukaran hidup mendidik, membimbing anaknya yang bernama Adit sehingga menjadi orang yang berguna dan membanggakan suku kaumnya.
Tema novel ini ialah kegigihan dan kecekalan membuahkan kejayaan.
- Adit gigih menimba ilmu pengetahuan demi masa depannya.
- Pelbagai rintangan dan cabaran yang ditempuhi semasa menuntut ilmu.
- Pernah berulang alik ke sekolah selama 4jam sehari sebelum tinggal di asrama
- Pernah terlibat dalam kemalangan apabila jip yang ditumpanginya terhumban ke dalam gaung
- Atas semangat yang tinggi dia Berjaya mecapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
Persoalan
- Cinta akan ilmu pengetahuan-Adit ingin bersekolah untuk memperoleh ilmu pengetahuan walaupun ayah dan ibunya pada mulanya menghalang.
- Tanggugjawab ketua keluarga-Pak Katan gigih bekerja mencari rotan, damar dan gaharu di samping memasang belat demi mencari rezeki keluarganya.
- Percaya akan perkara ghaib-Masyarakat orang Asli percaya bahawa jika berlaku musibah, bermakna roh jahat sedang mengamuk.
- Semangat bekerjasama-Penduduk kampong yang diketuai oleh Tuk Batin Ahboi bekerjasama mencari Adit yang masih pulang dari sekolah.
- Tabah menghadapi dugaan-Adit tabah menghadapi dugaan dalam hidupnya demi memperoleh ilmu pengetahuan.
- Berpegang teguh pada budaya warisan-Pak Katan mahu anaknya, Adit mewarisi pekerjaannya iaitu mencari hasil hutan demi meneruskan kehidupan.
No comments:
Post a Comment