Wednesday 20 July 2011

Simpulan Bahasa-sambungan nota


Simpulan Bahasa

Pengenalan
-Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang kaya dengan peribahasa.
-Peribahasa Melayu yang mudah dan ringkas dikenali sebagai simpulan bahasa.
-Simpulan bahasa diertikan sebagai ungkapan yang terdiri daripada dua rangkai kata atau lebih yang memberi erti/makna yang berlainan daripada perkataan yang membentuknya.sebagai contoh, saya ingin berkongsi dengan anda tentang simpulan bahasa akal kancil.Simpulan bahasa ini membawa makna penuh dengan tipu muslihat.Ayat contoh:Jurujual di kaki lima itu mempunyai akal kancil untuk mempengaruhi orang ramai. rangkai kata ini telah memberi makna tertentu tetapi jika diteliti perkataan akal bermakna daya fikir manakala kancil ialah sejenis binatang liar yang tinggal di hutan.
-susunan perkataan dalam peribahasa tidak boleh ditukar atau diubah sewenang-wenangnya.
-Contoh simpulan bahasa :panjang tangan tidak boleh diubah menjadi tangan panjang kerana tangan panjang tidak dipanggil lagi sebagai simpulan bahasa. Rangkai kata tersebut telah menjadi rangkai kata biasa.
-Beberapa contoh simpulan bahasa:
a)ajak-ajak ayam-mempelawa seseorang dengan tidak bersungguh-sungguh.
b)anak angkat-anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri.
c)buta huruf- tidak pandai membaca.
d)cari akal-berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
e)dalam tangan-pasti diperoleh, dalam genggaman.
f)gaji buta-gaji yang diterima dengan kerja yang tidak bersungguh-sungguh.
g)lidah bercabang-percakapan yang berubah-berubah.
h)makan suap-menerima rasuah.
i)serkap jarang-membuat tuduhan tanpa usul periksa.
j)otak cair-cerdik.



















Kata Pemeri

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Kata pemeri dapat dipecahkan kepada dua jenis, iaitu ialah dan adalah.
Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.


Contoh ayat:
Perempuan  itu ialah kakak saya.
Hafiz adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
Laksa ialah makanan kegemaran saya.
Keikhlasan dalam melakukan sesuatu kerja adalah terletak pada diri seseorang itu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...