Sunday, 5 August 2012

Kisah Hidup Nabi Idris as

Asal Keturunan Nabi Idris a.s

   Nabi Idris as adalah keturunan keenam daripada Nabi Adam as, melalui putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama dikurnai kenabian, menjadi setelah Adam dan Syith.
   Menurut riwayat, nabi Idris bermukim di Mesir dan berdakwah agama Allah, mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat serta kehancuran dan kebinasaan di dunia. Nabi Idris as hidup sehingga umur berusia 82 tahun.

Gelaran Nabi Idris

    'Idris' adalah nama gelaran kerana ia banyak mempelajari shahifah yang diturunkan kepada Nabi Adam as, Nabi Syis dan kepadanya sendiri sebanyak 90 shuhuf, dari Syif 50 shuhuf dari Adam 10 shuhuf dan kepadanya sendiri 30 shuhuf.
    Dia sangat banyak ilmunya dan beliau diangkat menjadi Nabi dan rasul. Hal ini diterangkan di dalam kitab Tafsir Fathul Qadir dan riwayat-riwayat yang menceritakannya. Beliau mempunyai kekuatan yang luar biasa sehingga beliau mendapat gelaran "Asadul Usud" ertinya harimau dari segala harimau. Gelaran ini diberikan kerana Nabi Idris berani memerangi orang-orang yang derhaka kepada Allah SWT.
   Beliau senantiasa ingat kepada Allah SWT dan Tuhan telah memberikan kepadanya darjat yang tinggi, sebagaimana Firman Allah yang bermaksud;
     "Dan ingatlah engkau tentang Idris yang tersebut dalam Kitab. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat benar, seorang Nabi. Dan kami telah ditempatkan dia di satu tempat yang tinggi". (maryam:56-57)
Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah;
  1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.
  2. Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu, demikianlah pula puasa dan sembahyangmu.
  3. Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam doa.
Nabi Idris melihat alam ghaib

       Menurut keterangan sebahagian ahli tafsir bahawa ketika terbuka bagi Idris untuk berkenalan dengan malaikat, maka Nabi Idris mempunyai keinginan untuk melihat alam ghaib, maka keinginan Nabi Idris ditunaikan oleh Allah sehingga naiklah Nabi Idris kelangit keempat dan sebahagian ulama mengatakan langit keenam.
      Dalam hadis yang diriwayyatkan oleh Bukhari, dari Anas bin Malik dinyatakan: "Ketika Nabi Muhammad SAW dan Jibril melalui sesuatu tempat pada malam Israk dan Mikraj, beliau telah bertemu dengan Nabi idris sambil berkata: Selamat datang Nabi yang soleh dan saudara yang soleh. Kemudian bertanya Nabi Muhammad SAW kepadanya: "Siapakah ini?Jibril menjawab: "Inilah Idris". di dalam Al-Quran ada mneyebut;
         "Dan (ingatlah) Ismail, Idris dan Zulkifli, sekalian mereka adalah dari orang-orang yang bersahabat. Dan Kami masukkan mereka dalam rahmat Kami, kerana sesungguhnya mereka dari orang-orang yang soleh-soleh". (Al-Anbiya:85-86)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...