Nabi Adam adalah nabi pertama. Beliau manusia pertama dan beliaulah nenek moyang sekalian manusia. Beliau dijadikan Tuhan daripada tanah. Sebagaimana Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari tanah yang kering, dari tanah yang hitam yang busuk baunya”. (Al-Hijir:26)
Allah SWT telah menciptakan Jin sebelum Nabi Adam. Telah disebut dalam FirmanNya iaitu; “Kami telah menjadikan Jin sebelum manusia daripada api yang sangat panas”. (Al-Hijir:27). Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah SWT akan kehendakNya menciptakan makhluk yang lain itu, mereka khuatir kelalaian,kealpaan mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana perlanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah SWT: “Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu nescaya akan bertengkar antara satu dengan yang lain, akan saling bunuh membunuh berebut menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya sehingga akan terjadilah kerosakkan dan kehancuran di atas bumi Tuhan ciptakan itu. Lantas Allah SWT berfirman untuk menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu;
“Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadannya, bersujudlah kamu dihadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah SWT melarang hambaNya beribadah sesame makhlukNya”. Pada suatu hari diciptakannya Adam oleh Allah SWT dari segumpalan tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.
Iblis Ingkar Sujud kepada Nabi Adam as.
Seketika Nabi Adam telah dijadikan Allah, maka datanglah perintah kepada sekalian Malaikat supaya sujud menghormati Nabi Adam, kecuali Iblis yang sombong kerana berasa dirinya lebih mulia dari Nabi Adam. Oleh kerana ia dijadikan daripada api, sedangkan Adam dijadikan daripada tanah. Itulah alasan Iblis.
Kebanggaannya dengan asal-usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti malaikat yang lain, walaupun Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintahkan oleh Allah.
Tuhan bertanya kepada Iblis: "Apakah yang mencegahmu bersujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tanganKu? Adakah engkau menganggap dirimu besar dan agung?
Iblis menjawab, " Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau telah ciptakan aku dari api dan menciptakan dia dari lumpur". Sebagaimana Firman Allah SWT:
"Ingatlah ketika Allah berfirman kepada para malaikat. Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka semua, kecuali Iblis yang engan dan sombong, maka dia adalah termasuk golongan yang kafir". (Al-Baqarah:34)
Iblis dikutuk oleh Allah SWT
Kerana Iblis tidak mahu sujud kepada Adam, maka Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: "Allah SWT bertanya: Hai Iblis! mengapa engkau tidak turut bersama mereka yang bersujud. Ia menjawab: Aku tidak mahu sujud kepada manusia yang Engkay jadikan dia dari tanah kering, dari tanah hitam yang busuk baunya. Allah SWT berfirman: Keluarlah engkau daripadanya, kerana sesunguhnya engkau terkutuk. Dan sesunguhnya atasmu laknat sampai hari pembalasan". (Al-Hijir:32-35)
Kerana kesombongan, kebongkaran dan pembangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah mengajar Iblis dengan mengusirnya dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai dengan kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.
Iblis dengan bongkaknya menerima baik ganjaran Tuhan itu dan ia hanya memohon kepada diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkan ia samapai hari kebangkitan. Iblis telah menerima jaminan Tuhan bahawa ia diberi tangguhan hidup sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan akan mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan mengikut ke jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan perkara mungkar, mengoda sehingga melalaikan manusia dari perintah Allah dan mempengaruhi mereka supaya tidak bersyukur dan beramal soleh.
No comments:
Post a Comment