Wednesday, 1 August 2012

Kesempurnaan Syafaat Rasulullah S.A.W

Daripada Anas bin Malik r.a,Nabi s.a.w bersabda "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat".(hadis riwayat al-bukhari dan Muslim)

Keterangan hadis;
  • Setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w tidak mendoakan sedemikian.Ini kerana baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung  kesusahan di dunia.
  • Hadis ini juga menerangkan kesempurnaan syafaat Nabi s.a.w dan belas kasihan baginda terhadap umatnya.Baginda ambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat itu.
Sumber: Ustaz Zahazan Mohamad,Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam(300 hadis bimbingan)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...