Alhamdulillah, pada pagi yang mulia ini, cuaca yang agak sejuk dan berangin selepas semalam hujan rahmat turun membasahi bumi, dianugerahkan pula umur yang membolehkan mata terbuka, hidung bernafas, tubuh badan bergerak untuk melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar manusia.
Sekali lagi, Syukur ke hadrat Allah SWT, yang banyak memberikan rahmat kepada kita, rahmat yang paling besar dan tidak ternilai ialah kita boleh meneruskan kehidupan pada hari ini dan untuk hari-hari yang seterusnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan para pembaca blog sekalian satu doa yang boleh dijadikan pelindung diri daripada apa juga musibah dan kemudharatan dengan iziNya.Mungkin, ada yang sudah tahu, ada juga yang baru tahu, dan yang tidak tahu.Tapi, yang paling penting kita mahu jadikan doa ini sebagai amalan seharian kita.
Doa ini perlu dibaca tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang nescaya tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu. Menurut Sunnan at-Tarmidzi dikatakan "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka tidak akan ditimpa keburukan/musibah pada hari itu".
p/s marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini agar kita sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah SWT.
Sumber doa: Ustazah Siti NorBahyah Mahamood
No comments:
Post a Comment