Friday 31 August 2012

Apakah Erti Kemerdekaan??

Alhamdulillah sekali lagi kita merdeka, selepas kemerdekaan yang pertama pada 1 Syawal. Bulan Syawal, bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 untuk semua rakyat Malaysia. Slogan yang diperkenalkan untuk tahun ini adalah "Janji ditepati". Bukan hanya sekadar slogan, jangan janji hanya tinggal janji sebagai rakyat Malaysia diharap mampu menghayati slogan yang diperkenalkan itu.Inilah kemerdekaan yang kita kecapi selepas sekian lama dijajah, ditakluk oleh kuasa asing bermula pada tahun 1511 sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
     Jika diimbas kembali selama lebih empat kurun kita dijajah, banyak peristiwa suka duka, pahit manis yang dilakar dan dicoret dalam sejarah bumi Melayu iaitu negara kita Malaysia. Bermula dengan kedatangan penjajah Portugis dan kepulangan penjajah British selama tempoh itulah, para pejuang dan pendekar Melayu berjuang berkorban darah dan nyawa demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka yang kita nikmati sekarang ini. Pengorbanan mereka sangat besar dan seharusnya dikenang sehingga generasi yang akan datang. Sesiapa sahaja penjuang atau pemimpin yang berjiwa untuk membela dan mempertahankan hak rakyat dan negara harus dikenang sebagai wira buat semua rakyat Malaysia.
     Namun, adakah 55 tahun kemerdekaan membawa erti kemerdekaan yang sebenar kepada kita??Erti kemerdekaan yang sebenar sangat luas.Bukan sahaja merdeka daripada belenggu penjajah, bebas daripada pemerintahan penjajah tetapi bebas dari penaklukan dan penjajahan minda, akhlak, sikap daripada nafsu dan unsur jahat yang ada disekeliling kita. Walaupun secara luaran kita tidak dijajah dan ditakluk tetapi hakikat sebenar penjajah dalaman masih ada, kita dijajah oleh nafsu dan budaya yang ditinggalkan oleh penjajah.
    Kita boleh renung,kita boleh lihat, kita sedar apa yang berlaku terhadap masyarakat kita sekarang. Pergaulan bebas, Mat Rempit, penagihan dadah, penderhakaan ibu bapa, penzinaan, hubungan songsang, peniruan budaya(punk, skinhead,black Metal,pengkid) sehingga mengikis budaya Melayu  adalah contoh penyakit sosial yang melanda masyarakat kita sekarang khususnya pemuda,pemudi,putera puteri kita. Adakah makna kemerdekaan telah kita kecapi sekarang??Secara keseluruhannya sudah pasti tidak.Siapa yang patut mengubahnya, sudah tentu jawapannya adalah diri kita sendiri.
   Di sini, saya ingin berkongsi lagu sempena hari kemerdekaan negara kita pada tahun ini:


p/s: Marilah kita sama-sama jaga negara Malaysia, inilah negara yang kita ada... dunia adalah jalan ke syurga..merdeka yang sebenarnya apabila kita berada disana..pesanan ini buat diri penulis sendiri dan juga para pembaca sekalian.

Tuesday 28 August 2012

Doa Pelindung Diri

           
      Alhamdulillah, pada pagi yang mulia ini, cuaca yang agak sejuk dan berangin selepas semalam hujan rahmat turun membasahi bumi, dianugerahkan pula umur yang membolehkan mata terbuka, hidung bernafas, tubuh badan bergerak untuk melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar manusia.
         Sekali lagi, Syukur ke hadrat Allah SWT, yang banyak memberikan rahmat kepada kita, rahmat yang paling besar dan tidak ternilai ialah kita boleh meneruskan kehidupan pada hari ini dan untuk hari-hari yang seterusnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan para pembaca blog sekalian satu doa yang boleh dijadikan pelindung diri daripada apa juga musibah dan kemudharatan dengan iziNya.Mungkin, ada yang sudah tahu, ada juga yang baru tahu, dan yang tidak tahu.Tapi, yang paling penting kita mahu jadikan doa ini sebagai amalan seharian kita.
        Doa ini perlu dibaca tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang nescaya tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu. Menurut Sunnan at-Tarmidzi dikatakan "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka tidak akan ditimpa keburukan/musibah pada hari itu". 

p/s marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini agar kita sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah SWT.


Sumber doa: Ustazah Siti NorBahyah Mahamood

Tema dan Persoalan-Novel Sukar Membawa Tuah


Gambar Hiasan:Perkampungan orang Asli Cameron Highlands



Secara ringkas novel "Sukar Membawa Tuah " mengisahkan kehidupan keluarga daripada suku kaum orang Asli iaitu Pak Katan yang melalui kesukaran hidup mendidik, membimbing anaknya yang bernama Adit sehingga menjadi orang yang berguna dan membanggakan suku kaumnya.


Tema novel ini ialah kegigihan dan kecekalan membuahkan kejayaan.
  • Adit gigih menimba ilmu pengetahuan demi masa depannya.
  • Pelbagai rintangan dan cabaran yang ditempuhi semasa menuntut ilmu.
  • Pernah berulang alik ke sekolah selama 4jam sehari sebelum tinggal di asrama
  • Pernah terlibat dalam kemalangan apabila jip yang ditumpanginya terhumban ke dalam gaung
  • Atas semangat yang tinggi dia Berjaya mecapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
Persoalan
  1. Cinta akan ilmu pengetahuan-Adit ingin bersekolah untuk memperoleh ilmu pengetahuan walaupun ayah dan ibunya pada mulanya menghalang.
  2. Tanggugjawab ketua keluarga-Pak Katan gigih bekerja mencari rotan, damar dan gaharu di samping memasang belat demi mencari rezeki keluarganya.
  3. Percaya akan perkara ghaib-Masyarakat orang Asli percaya bahawa jika berlaku musibah, bermakna roh jahat sedang mengamuk.
  4. Semangat bekerjasama-Penduduk kampong yang diketuai oleh Tuk Batin Ahboi bekerjasama mencari Adit yang masih pulang dari sekolah.
  5. Tabah menghadapi dugaan-Adit tabah menghadapi dugaan dalam hidupnya demi memperoleh ilmu pengetahuan.
  6. Berpegang teguh pada budaya warisan-Pak Katan mahu anaknya, Adit mewarisi pekerjaannya iaitu mencari hasil hutan demi meneruskan kehidupan.

Monday 27 August 2012

Hidup Sihat - Jantung Sihat


Berhenti Merokok

Para penyelidik telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Harungi Hidup Dengan Tenang

Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan.


Jantung Sihat Sepanjang Hayat

Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.

Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.

Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.
Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?
Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.


Sumber:www.mymotivasi.com

Sunday 26 August 2012

Doa orang yang dizalimi adalah mustajab

Daripada Abdullah bin Abbas r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Takutilah doa orang yang dizalimi, sesunguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah". (hadis riwayat al-Bukhari)

Saturday 25 August 2012

Bab 14 Pengangkutan dan Perhubungan Awal pada zaman Penjajah


o  Jalan raya, jalan kereta api dan pelabuhan telah dibina oleh penjajah British untuk memudahkan urusan pengeskportan sumber bijih timah dan getah.
o   Penjajah British telah mengeksploitasi sumber bijih timah dan getah untuk dihantar ke Negara asal.
o   Rangkaian pengangkutan lebih padat di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia berbanding dengan pantai timur kerana tumpuan kegiatan ekonomi.
o   Pada zaman penjajah, pengangkutan jalan darat terbahagi kepada dua iaitu;
a)      Jalan kereta api
b)      Jalan raya

Jalan Kereta api
1.      Landasan kereta api pertama dibina oleh penjajah British ialah dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang).
2.      Tujuan pembinaan landasan kereta api ini adalah untuk mengangkut bijih timah ke pelabuhan.
3.      Jalan kereta api kedua dibuka dari Seremban ke Port Dickson pada tahun 1891.
4.      Jalan kereta api seterusnya menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenhem atau sekarang dikenali sebagai Pelabuhan Klang.
5.      Perkembangan sistem jaringan  jalan kereta api telah mengubah sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi eksport.
6.      Di Sabah, landasan kereta api dibina dari Weston ke Beaufort dan dari Tenom ke Jesselton (kota Kinabalu).
7.      Di Sarawak, pembinaa landasan kereta api menghubungkan Bandar Kuching dengan Batu 10 sepanjang 6.21km
8.      Di Sarawak Jalan pengangkutan darat adalah terhad kerana keadaan bentuk muka bumi dan hutan tebal. Pengangkutan air adalah  pengangkutan penting di Sarawak.

Jalan Raya

1.      Jalan raya pertama ialah jalan kereta lembu yang menghubungkan Taiping dengan Matang.Jalan ini seterusnya bersambung ke Krian dan seterusnya ke Seberang Prai.
2.      Jalan raya digunakan untuk mengangkut bijih timah, buruh dan keperluan perlombongan dari landasan kereta api ke pelabuhan ke kawasan perlombongan dan sebaliknya.
3.      Jaringan Jalan raya yang menghubungkan Larut ke pelabuhan Pulau Pinang menggunakan kereta lembu, beca (lanca) dan kereta kuda.
4.      Melalui penemuan enjin barulah diperkenalkan bas dan lori.
5.      Sistem pengangkutan jalan raya adalah paling penting daripada jalan kereta api.
6.      Tahap ketersampaian yang tinggi telah memudahkan barangan diangkut dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pengangkutan air pada zaman penjajah
v  Pengangkutan air iaitu melalui sungai dan pelabuhan
v  Pengangkutan air merupakan jenis pengangkutan dan perhubungan yang utama sejak zaman kegemilangan Melaka lagi.
v  Perahu dan jong telah digunakan sebagai pengangkutan.
v  Tongkang dan kapal susur pantai digunakan untuk mengangkut dan membawa bekalan makanan, jentera dan buruh.
v  Barangan yang dibawa melalui pengangkutan air akan diangkut ke gudang yang terletak di tepi sungai sebelum diangkat ke kapal untuk di eksport.
v  Terdapat beberapa pelabuhan yang menjadi pusat mengeksport barang seperti Port Swettenham dan Port Dickson.
v  Beberapa pelabuhan lain seperti pelabuhan Labuan dan pelabuhan pulau Pinang.
v  Getah dan Bijih Timah adalah barangan yang dieksport.
v  Pelabuhan juga menjadi pusat untuk mengimport barangan buatan dan perkakas kilang.
Perhubungan Awal pada zaman penjajah
Ø  Pada zaman penjajah pos, telegraf dan telefon telah diperkenalkan.
Ø  Jabatan perkhidmatan pos pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1862.
Ø  Pada masa itu hanya tumpu urusan surat menyurat
Ø  Kemudian berkembang melibatkan urusan pengangkutan surat khabar, bungkusan, dokumen pernigaan, kemudahan insurans.
Ø  Perkhidmatan pos lebih cepat selepas adanya jaringan pengangkutan darat.
Ø  Telegraf diperkenalkan pada tahun 1876 di Perak.
Ø  Sistem telegraf amat penting dalam pentadbiran dan penguatkuasaan penjajahan negeri-negeri Melayu.
Ø  Peringkat permulaan, telegraf dibina untuk menjaga kepentingan pihak British di kawasan perlombongan.
Ø  Membolehkan maklumat dan arahan dari pusat pentadbiran di Singapura disampaikan dengan lebih cepat ke pusat-pusat pentadbiran negeri-negeri Melayu.
Ø  Telefon pula diperkenalkan 10 tahun kemudian pada tahun 1886 selepas telegraf.
Ø  Pada peringkat awal hanya digunakan untuk keselamatan dan dipasang untuk menghubungi balai polis.

 

Bab 14 Keperluan Pengangkutan dan Perhubungan

Pengangkutan dan Perhubungan Awal
Pengangkutan
Perhubungan
Jalan darat
1.       Masyarakat awal menggunakan denai dan lorong untuk memungut hasil hutan seperti damar,buah-buahan dan makanan.
2.       Jalan darat juga digunakan untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan sungai.
3.       Pengangkutan yang digunakan pada masa itu ialah gajah, kereta kuda, kereta lembu dan berjalan kaki.
4.       Bentuk muka bumi yang berpaya, berbukit bukau dan berhutan tebal menyukarkan jalan darat direntasi.
5.       Barangan yang diangkut adalah terhad dan mengambil masa yang lama untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.       Manusia berhubung pada masa itu menggunakan isyarat asap dan bunyi.
2.       Api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara bagi memberikan isyarat yang difahami oleh pihak lain.
3.       Ketuk-ketuk, beduk, batang kayu atau buloh serta laungan digunakan untuk menghasilkan isyarat bunyi.
4.       Isyarat ini digunakan untuk mengumpulkan orang kampong untuk sesuatu tujuan.
Jalan Air

1.       Melalui sungai dan laut.
2.       Masyarakat pada masa itu menggunakan perahu, rakit dan jong untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
3.       Jalan air digunakan untuk mengangkut barangan, orang dan surat perutusan.
4.       Pengangkutan air penting untuk menjalankan aktiviti perdagangan.
5.       Sistem barter digunakan semasa aktiviti perdagangan.
6.       Mata wang emas juga digunakan
7.       Contoh barangan yang didagangkan ialah cendana,damar,rotan,buluh dan gading.






Thursday 23 August 2012

Uji Minda 2

Lengkapkan petikan di bawah dengan kata nama yang sesuai

contoh
penerapan
ikutan
keluarga
tugas
orang
masalah
sahsiah
kegagalan
kepentingan


                        ______(1)_________ nilai-nilai murni dan budi bahasa dalam kalangan masyarakat perlulah dimulakan daripada _______(2)_________. Ibu bapa sebagai unit paling penting dalam keluarga menggalas _____(3)______ yang berat untuk membentuk ____(4)_______ anak-anak sejak mereka kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Tunjukkanlah______(5)______ yang mulia kepada anak-anak supaya menjadi _______(6)_______ mereka kelak. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya berkomunikasi dan menasihati anak-anak mereka secara lemah-lembut. Anak-anak perlu diajar menghormati____(7)______ yang lebih tua. ______(8)_________ibu bapa menjalankan tanggungjawab ini akan mengundang ______(9)________ kepada anak-anak pada hari kemudian. Oleh itu, ibu bapa patut sedar akan _____(10)________ memupuk nilai-nilai murni dan budi bahasa dalam jiwa anak-anak.
Jawapan
  1.  
  2.  
  3.  
  4.  
  5.  
  6.  
  7.  
  8.  
  9.  
  10.  

Uji Minda 1

Gariskan kata nama tempat, bulatkan kata ganti nama tunjuk, dan lengkapkan tempat kosong dengan kata ganti tak tentu dalam ruangan yang disediakan berdasarkan petikan di bawah.

         Kata orang, malang tidak berbau dan tidak memilih________________________.Oleh itu, kerajaan mengingatkan orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan sering dinaiki air supaya sentiasa berjaga-jaga berikutan hujan lebat pada masa ini. Setakat ini, beberapa buah kampung di mukim Bukit Jaya telah dinaiki air. Antaranya Kampung Bulatan Air dan Kampung Simpang Surat. Penduduk di situ dinasihati agar mematuhi arahan pihak berkuasa supaya berpindah pada bila-bila masa. Selaint itu, mereka diminta agar tidak membawa______________________barang yang tidak penting, sebaliknya mengutamakan nyawa diri dan keluarga.

Ayat Tunggal-Tatabahasa

-Ayat Tunggal adalah ayat yang terbina daripada satu subjek dan satu predikat.
-terdiri daripada dua bentuk susunan;
  1. Ayat susunan biasa
  2. Ayat susunan sonsang
Ayat Tunggal Susunan Biasa
-kata nama yang menjadi subjek berada di hadapan predikat(perkataan yang menjadi penerang atau objek)
-Contoh: Ibunya guru
Dalam ayat ini Ibunya adalah kata nama yang menjadi subjek manakala guru adalah penerang atau objek.
Beberapa contoh dalam ayat lain ialah
  1. Abang membakar lemang
  2. Negara kita pesat membangun
  3. Kami ke padang petang ini
Ayat Tunggal Susunan Songsang
-Perkataan yang menjadi penerang atau objek sebagai predikat berada di hadapan perkataan yang menjadi subjek.
-Contoh: Guru ibunya
Dalam ayat ini guru adalah objek(predikat) manakala ibunya adalah subjek.
Beberapa contoh lain;
  1. Membakar lemang abang.
  2. Pesat membangun negara kita
  3. Ke padang petang ini kami.

Tuesday 21 August 2012

Teruskan ibadah selepas Ramadan

SELAMAT tinggal Ramadan dan selamat datang Syawal. Bergembiralah wahai orang-orang yang tabah menghadapi ujian sepanjang Ramadan ini.
Semoga kita sama-sama beroleh kerahmatan daripada-Nya. Beberapa hari lagi akan tiba hari kejayaan kita semua. Hari bersuka suka, hari ziarah menziarahi, hari memohon keampunan, menginsafi diri dan untuk berkumpul bersama.
Semoga silaturahim yang dijalinkan dengan kasih sayang itu kekal kukuh kerana Allah. Dalam kegembiraan menanti Syawal, sedikit hiba di hati, kerana tatkala Syawal memunculkan dirinya Ramadan melambai pergi.

Sudah cukupkah kita menghargai Ramadan kali ini? Sudah banyakkah amalan yang kita lakukan? Mungkinkah kita bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini pada tahun mendatang? Wallahualam, sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Dalam Islam, amalan dan hidup kita ditentukan bagaimana kita mengakhirinya.
Kita mengenal istilah khusnul khatimah dan juga su’ul khatimah.

Rasulullah pernah menegaskan, bahawa setiap amal itu sangat tergantung bagaimana kita mengakhirinya. Orang Mukmin bergembira dengan selesainya Ramadan kerana memanfaatkan bulan itu untuk ibadah, taat, mengharap pahala dan keutamaannya.

Manakala orang munafik bergembira apabila selesai bulan Ramadan kerana kembali untuk melakukan maksiat serta mengikuti dorongan syahwat.

Jadi, orang Mukmin akan meneruskan ibadah selepas Ramadan dengan beristighfar, bertakbir dan beribadah. Namun, orang munafik melanjutkan dengan maksiat, huru-hara, pesta muzik dan nyanyian.

Selepas berpuasa sebulan, kini ditutupi dengan solat hari raya Aidilfitri dan bayar zakat fitrah. Sebagaimana Allah mensyariatkan solat Adiladha sebagai tanda syukur kepada-Nya selepas melaksanakan kewajipan haji.

Diriwayatkan secara sahih, daripada Nabi SAW, bahawa baginda ketika datang di Madinah, penduduknya mempunyai dua hari mereka bermain-main pada hari itu, beliau bersabda: “Sungguh Allah menggantikan untuk kamu dua hari itu dengan yang lebih baik dari keduanya, (iaitu) hari (raya) Qurban dan hari (raya) Aidilfitri.”

Tidak boleh menambah dua hari raya ini dengan mengadakan hari raya baru yang lain. Hari raya dalam Islam itu disebut ‘ied, ertinya ‘kembali’.

Ia kembali dan berulang-ulang setiap tahun dengan membawa kegembiraan dan kesenangan. Bukan saja lelaki, bahkan Nabi SAW juga memerintahkan Muslimah supaya keluar untuk solat hari raya.

Kaum wanita disunatkan hadir tanpa pakai wangian, tidak berhias untuk menarik perhatian, dan tidak bercampur-aduk dengan lelaki. Apabila keluar menunaikan solat, ia perlu menampakkan syiar Islam dan diusahakan dengan khusyuk, ghaddhul bashar (menjaga pandangan daripada yang haram), menjaga lisan daripada bercakap bohong dan kosong.

Jangan dengar percakapan yang mengarut, nyanyian dan muzik melalaikan. Nabi mensyariatkan umatnya menyambung puasa Ramadan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

Sabda Nabi: “Barang siapa berpuasa Ramadan dan diikuti dengan (puasa sunnah) enam hari di bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim).

Pahala kebaikan dikira satu akan dibalas 10 kali ganda. Maka sebulan Ramadan akan dibalas dengan 10 bulan. Manakala, enam hari di kali dengan 10 di bulan Syawal akan dibalas dua bulan.

Sumber: Artikel ditulis oleh Ustaz Zawawi Jusoh

Monday 20 August 2012

SINONIM

-Merupakan himpunan perkataan yang mempunyai sama erti atau makna
-Antara beberapa contoh sinonim ialah;
1.       Abad-kurun
2.       Acara-agenda,program
3.       Ampuh-mujarab
4.       Akrab-rapat,erat
5.       Alternatif-pilihan
6.       Badai-ribut,taufan
7.       Babit-melibatkan
8.       Bangkang-bantah,sanggah,tentang
9.       Bocor-tiris
10.   Belot-curang,khianat
11.   Cambah-tumbuh
12.   Caci-cerca,cela
13.   Capal-selipar
14.   Capik-tempang
15.   Cemas-gelisah,bimbang
16.   Dangkal-cetek,tohor
17.   Desa-kampung
18.   Durjana-keji,jahat
19.   Dusta-tipu,bohong
20.   Dungu-bodoh,bebal
21.   Edit-sunting
22.   Eka-esa,satu,tunggal
23.   Endah-peduli,acuh
24.   Esak-sedu,tangis
25.   Erti-makna,maksud

Friday 17 August 2012

Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat


Gaya hidup sihat adalah salah satu kunci kesihatan-Gambar hiasan
Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah
kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh,
terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,
artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV,
hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:
  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.
  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.
  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.
  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.
  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.

  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?

Pisang dan Khasiatnya

Membekalkan tenaga


Gambar Hiasan:Sumber Google


Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.
Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.
Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...