Tuesday 31 July 2012

Vincent Kompany berkata dia berazam untuk menang 7 gelaran EPL berturut-turut dengan Man City:Ia mungkin mustahil tapi kita tengoklah nanti.
Arsene Wenger mendedahkan bahawa pemain baru Lukas Podolski dan Olivier Giroud tidak akan cergas sepenuhnya bagi permulaan musim baru EPL.

Sunday 29 July 2012

Ayam Masak Lemak Cili Padi




 bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • sehiris halia
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu kunyit
  • 10 biji cili padi ditumbuk
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu gula
  • 2 keping asam
cara penyediaan;
  • Masukkan bahan bahan yang telah dikisar,ayam,serai dan garam ke dalam periuk.Masakkan sehingga mendidih.
  • Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.
  • Masukkan garam secukup rasa dan tutup api.
  • Sedia dihidangkan
Pengurus Liverpool,B.Rodgers bertegas A.Carroll boleh sesuaikan diri dengan corak baru yang ingin diterapkan di Anfield:Dia suka di sini.
Roberto Mancini mengesahkan Manchester City dalam rundingan mendapatkan pemain baru:Saya harap dapat pemain baru dalam masa dua minggu lagi.

Saturday 28 July 2012

Manchester United dan Arsenal dilaporkan sedang menyasar pemain tengah Celtic, Victor Wanyama.
Pertahanan Belanda yang berumur 27 tahun, Ron Vlaar dilaporkan telah mneyetujui perjanjian tiga tahun dengan Aston Villa.

Siput Sedut Paya Bakau special

bahan-bahan;
  • 850grm siput sedut
  • 1 tangkai daun kesum
  • 1 cawan santan
  • 2cm kunyit hidup (dikisar)
  • 10 biji cili padi (dikisar)
  • 150 gm keladi
  • 3 keping asam jawa
  • garam secukup rasa
Cara penyediaan;
  • Campurkan daun kesum bersama bahan kisar dalam periuk dan biar masak
  • Masukkan santan dan keladi biar sehingga lembut
  • Masuk siput sedut dan asam keping
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan biar mendidih
  • Angkat dan hidang

Friday 27 July 2012

Ikan Siakap Stim Limau Nipis-Menu Ramadhan Anda



Bahan-bahan
  • Ikan Siakap
  • Bawang putih dihiris halus
  • Cili Padi dipotong kecil
  • Halia dihiris halus
  • Bawang besar dipotong kecil
  • Serai diricik halus
  • Daun Limau Purut
  • Sos ikan (menggantikan garam)
  • Air Limau Nipis
  • Sedikit Gula
  • 1 sudu teh minyak masak
  • Secawan Air (untuk lebih berkuah)
Cara penyediaanya;
  • Gaul ikan siakap dengan sos ikan.Kemudian tabur semua bahan yang disedikan tadi.
  • Masukkan sedikit gula.
  • Kukus Selama 20 minit
  • Masukkan daun limau purut dan kukus semula dalam 10minit
  • Sedia untuk dihidangkan
-SELAMAT MENCUBA-



Memberi makan kepada orang yang Berpuasa

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Barang sesiapa yang memberi makan orang-orang yang berpuasa(berbuka) maka mereka akan memperoleh ganjaran pahala orang yang berpuasa itu tanpa sesekali mengurangkan pahalanya".(hadis riwayat Ahmad,Al-Tirmizi,Ibnu Majah)

Thursday 26 July 2012

Bab 11 Hubungan Kependudukan dengan Sumber

  1. Hubungan kependudukan dengan sumber boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu;
  • Penduduk berlebihan-penduduk sesebuah negara melebihi sumber yang sedia ada.
  • Penduduk optimum-jumlah sumber sesebuah negara mampu dan cukup untuk menampung jumlah penduduknya.
  • Penduduk Kurang-Sumber sedia ada melebihi  keperluan jumlah penduduk.
      2. Contoh-contoh negara Penduduk Berlebihan
  • Bangladesh
  • India
  • Ethiopia
      3.Contoh-contoh negara Penduduk Optimum
  • Jepun
  • Sweden
  • Belanda
      4.Contoh-contoh negara penduduk kurang
  • Australia
  • Kanada
  • Brazil

CIRI-CIRI  PENDUDUK BERLEBIHAN
1.       Kadar kelahiran tinggi
2.       Kadar kematian tinggi
3.       Kurang kemudahan perubatan moden
4.       Jangka Hayat Sederhana
5.       Masalah Perumahan
6.       Kadar Pengangguran Tinggi
7.       Ramai Penduduk Tinggal di Luar Bandar
8.       Kadar Buta Huruf Tinggi
9.       Masalah Kemiskinan
10.   Tarah Hidup rendah
11.   Kurang Kemudahan Asas
12.   Kadar pertumbuhan penduduk tinggi





CIRI-CIRI KURANG PENDUDUK
1.       Kadar Kelahiran rendah
2.       Kadar Kematian Rendah
3.       Jangka hayat tinggi
4.       Kemudahan perubatan dan kesihatan yang baik
5.       Kemudahan Asas Lengkap
6.       Taraf Hidup Tinggi
7.       Kadar kenal huruf tinggi
8.       Sebahagian besar penduduk tinggal di Bandar
9.       Kadar pertumbuhan penduduk rendah


Kesan kependudukan kepada Sesebuah Negara


CIRI NEGARA
KESAN KEPENDUDUKAN
1.       Penduduk Berlebihan
·         Kekurangan makanan dan berlaku kebuluran
·         Kekurangan peluang pekerjaan
·         Sektor perindustrian kurang maju
·         Taraf hidup rendah
·         Wujud petempatan setinggan
·         Kemudahan asas tidak mencukupi
·         Berlaku migrasi luar Bandar ke bandar
2.       Penduduk Kurang
·         Kekurangan tenaga buruh dalam Negara untuk meneroka sumber
·         Memerlukan pekerja asing untuk mengatasi masalah tenaga kerja
·         Kemudahan perumahan yang baik dan mencukupi
·         Amalan pemakanan seimbang
·         Tahap pendidikan yang tinggi
·         Penggunaan teknologi moden dalam sector pertanian
·         Sumber tidak dapat digunakan sepenuhnya.




Pantun Dua Kerat

Tema
  • Memberikan nasihat atau teguran kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian.
Persoalan
  • Sikap malas mendatangkan keburukan
  • Keburukan banyak bercakap
  • Bertanggungjawab atas perbuatan sendiri
  • Kebijaksaan menggunakan akal fikiran
Contoh Gaya Bahasa
  • Repitisi-pecah kaca pecah gelas.
  • Inversi-Busuk nama.
  • Sudah kena baru nak diam.
Nilai
  • Kebijaksanaan-Menggunakan akal fikiran dengan bijak untuk melakukan sesuatu.
  • Keberanian-Sikap berani menghadapi risiko atas sesuatu perbuatan.
  • Kesedaran-Sedar setelah menerima padah akibat sesuatu perbuatan.
Pengajaran
  • Kita mestilah menggunkan akal fikiran dengan bijak demi mencapai kejayaan.
  • Kita hendaklah berani menghadapi apa jua risiko dalam kehidupan ini.
  • Kita janganlah bersikap malas kerana sikap itu merugikan diri-sendiri.

Pantun:Suatu Pengenalan

  1. Pantun merujuk kepada Puisi tradisional masyarakat Melayu yang paling popular.
  2. Pelbagai kategori pantun yang meliputi pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat dan sebagainya.
  3. Kebiasaan yang digunakan oleh masyarakat Melayu adalah pantun empat kerat.
  4. Dalam pantun, ada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud.
  5. Sebaris pantun biasanya mempunyai tiga hingga lima perkataan dan lapan hingga dua belas suku kata.
  6. Rima akhir dalam pantun dua kerat ialah aa, manakala untuk pantun empat kerat adalah abab.
  7. Pantun dijadikan sebagai hiburan untuk mendidik yang diamalkan dalam masyarakat Melayu.

Mukjizat-Mukjizat Para Nabi dan Rasul


Nabi-Nabi
Mukjizat
Nabi Musa A.S

Membelah Laut Merah menjadi dua dengan
tongkat
Mengeluarkan 12 mata air dengan mengetuk
tongkat ke  atas batu

Nabi Saleh A.S

 Mengeluarkan Unta dari celah batu.
Nabi Isa A.S

 Diangkat ke langit.
       
Nabi Muhammad S.A.W
-Membelah bulan menjadi dua dengan jarinya
-Mengeluarkan air menggunakan hujung
jarinya.

-Semasa Abu Jahal hendak menghempap batu
sewaktu Nabi solat, Unta besar keluar dari
bahunya.

-Sampai ke Sidratul Muntaha semasa peristiwa Israk dan Mikraj









Hadis tentang Sedekah

*Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
    "Senyumanmu semasa berjumpa dengan saudaramu adalah sedekah. Mencegah daripada melakukan kemungkaran dan mengajak orang melakukan makruf adalah sedekah. Menunjukkan jalan kepada orang yang sedang tersesat adalah sedekah. Meminpin orang yang lemah pandangannya(buta) adalah sedekah. Membuang batu, kayu, duri dan tulang di jalanan juga adalah sedekah''.(Riwayat Al-Tarmizi)

Memakan Sumber yang Haram

*Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
 "Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram, maka nerakalah tempatnya".(Hadis Riwayat Al-Tarmizi)

Wednesday 25 July 2012

Himpunan Istilah dan Makna kata

  1. hawa-keinginan(kehendak dorongan hati) yang kuat untuk melakukan sesuatu.
  2. nafsu-keinginan yang keras, kemahuan yang kuat,dorongan hati,kehendak hati yang kuat untuk melakukan sesuatu yang melampau atau kurang baik.(keinginan wanita dan lelaki yang bukan mahamnya)
  3. tajribah-percubaan
  4. emansipasi-pemberian hati yang sama dalam hukum(wanita mendapat hak yang sama dengan lelaki)
  5. plagiat-mencedok,meniru,menciplak apa jua karya,hasil tulisan,kata-kata,idea sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri.

EPL hari ini

*Penyerang Chelsea, Fernando Torres yakin mereka akan merebut peluang memenangi gelaran Liga Perdana musim ini:Harap-harap tahun ini berjaya.
*Newcastle United dilaporkan telah menghubungi kelab Ligue 1, Marseille Perancis dalam usaha menandatagani Pemain perancis, Loic Remy.

Puasa Satu Kewajipan kepada Umat Islam

Kedatangan bulan Ramadhan  adalah satu rahmat kepada semua umat Islam kerana di dalam bulan ini Allah S.W.T membuka pintu-pintu Syurga seluas-luasnya dan pintu-pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya,syaitan yang dilaknat dibelenggu, dan rezeki melimpah ruah dan mudah diperolehi . Di dalam bulan ini juga umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai memenuhi tuntunan rukun Islam yang ketiga. Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam perlu memahami dan mengahayati ibadah puasa ini agar mencapai kesempurnaanya khususnya daripada segi hukum dan fadhilatnya. Di sini saya ingin berkongsi perkara-perkara asas yang perlu difahami,dihayati dan dipatuhi oleh semua umat Islam iaitu;

Perbuatan yang membatalkan puasa
  • Murtad
  • Gila
  • keluar haid/nifas
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersalin/wiladah
  • Pengsan sepanjang hari
  • Bersetubuh di siang hari
  • Memasukkan sesuatu di dalam rongga
  • Mengeluarkan mani dengan segaja
Perkara-perkara makruh semasa berpuasa
  • Berbekam
  • Gosok gigi setelah tergelincir matahari.
  • Kumur berlebihan
  • Mandi berlebihan
  • Tidur sepanjang hari
  • Merasa makanan dengan lidah.

Tuesday 24 July 2012

Hadis tentang Tanda-Tanda Kiamat

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Antara tanda-tanda hari kiamat adalah apabila seseorang lalu di dalam masjid tanpa menunaikan solat dua rakaat di dalamnya dan seseorang yang tidak memberikan salam kecuali kepada orang yang dikenalinya". (Riwayat a-Tabbarani)

Bab 10 Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

1.     Jumlah penduduk Malaysia telah bertambah dari 18.4 juta (tahun 1991)
       menjadi 23.7 juta  pada tahun 2000.
2.    Perubahan penduduk akan meningkatkan pertambahan permintaan keperluan asas. Kesan seterusnya menyebabkan sumber semula jadi seperti tanah, hutan, dan air semakin teruk.



Sumber
Kesan Pertambahan Penduduk
Langkah-langkah mengatasinya
Tanah-Tanih
        i.            Menggunakan pertanian intensif di kawasan tanah alluvium yang subur di Dataran Kelantan untuk meningkatkan produktiviti padi.
      ii.            Pembinaan empangan membolehkan padi ditanam dua kali setahun.
    iii.            Projek tebus guna kawasan-kawasan berikut;
·         Kawasan berpaya di Paya Besar, Pahang untuk penanaman padi.
·         Kawasan pinggir pantai di Juru dan Perai (Pinang) untuk  tapak perindustrian.
·         Kawasan pantai di Batu Maung (Penang) untuk tapak perumahan.
·         Kawasan pantai Penang untuk projek jalan raya Pinggir Pantai atau Coastal Highway.
·         Kawasan beralun yang mempunyai tanih laterit dan saliran baik ditanam dengan getah dan kelapa sawit.
        i.            Pemulihan kesuburan tanih dengan;
·         Penggunaan baja kimia dan organik yang kaya dengan bahan nitrat dan potassium
·         Amalan tanaman bergilir.
      ii.            Pencegahan hakisan tanah melalui;
·         Pertanian teres di cerun bukit seperti Cameron Highland dan Kundasang,Sabah.
·         Tanaman tutup bumi seperti rumput dan kekacang.
·         Baik pilih kawasan bekas lombong dan ditanam buah-buahan seperti jambu batu, limau barli, belimbing, betik dan pisang di Kampar dan bidor perak.
Hutan
        i.            Permintaan terhadap kayu balak meningkat untuk membina petempatan.
      ii.            Habitat hidupan liar musnah dan banyak sepsis haiwan hamper pupus.
    iii.            Bekalan kayu keras untuk masa hadapan berkurangan khasnya sepsis merbau, cengal, seraya, dan jelutong.
     iv.            Hakisan tanah bertambah kerana sinaran matahari terik sampau ke bawah menyebabkan tanah menjadi peroi dan mudah dihakis.
       v.            Kawasan tadahan air berkurangan dan boleh menyebabkan krisis air.
Pemeliharaan iaitu usaha merancang, mengurus dan melindungi sumber semula jadi manakala pemuliharaan merujuk kepada usaha baiki pulih sumber yang telah dieksploitasikan dijalankan seperti;
·         Sistem Pengurusan Terpilih(SPT) di Sandakan Sabah dan Sri Aman Sarawak di mana pokok yang cukup matang akan ditebang sahaja.
·         Akta Perhutanan Negara dikuatkuasakan pada 1984 di mana 30% hutan asli diwartakan sebagai Estet Hutan Kekal.
·         Pembentukan Taman Negara yang meliputi kawasan seluas 12.5 juta ekar sebagai kawasan perlindungan hidupan liar seperti Taman Negara Sepilok (orang utan), Taman Negara Endau-Rompin(Badak Sumatera) dan lain-lain.
Air
        i.            Persaingan yang tinggi dalam permintaan sumber air untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian seperti air sungai Klang (domestik dan perindustrian) dan air sungai di Dataran Kedah-Perlis(pertanian dan domestik).
      ii.            Pembuangan sisa industri dan sampah sarap menyebabkan pencemaran sungai.Contoh sisa kilang dari kawasan Perai mencemari sg.Juru.
    iii.            Pembinaan empangan besar seperti Empangan Temenggor di Perak dan Empangan Kenyir di Terengganu mengganggu ekosistem kawasan tersebut.
Di Malaysia pelbagai usaha telah dijalankan untuk membangunkan sumber air.Antaranya;
·         Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 untuk mengawal kualiti air sungai.
·         Akta Kawalan Pencemaran Pencemaran Air Sungai diluluskan pada tahun 1979 di mana Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang bertanggugjawab  dalam memastikan sisa kilang tidak mencemari sungai.
·         Rawatan air kumbahan oleh Indah Water Konsortium.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Tidak akan berkurangan harta dengan sebab bersedekah(berzakat)...Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi.

Monday 23 July 2012

Udang Masak Lemak Cili Padi-Menu Ramadhan Anda

Udang Masak Lemak Cili Padi

bahan-bahan
  • 1/2 kilo udang putih
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • sehiris halia
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu kunyit
  • 10 biji cili padi ditumbuk
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu gula
  • 2 keping asam
cara penyediaan;

Ikan Siakap Sweet Sour(masam manis)

Ikan Siakap  Sweet Sour(masam manis)















bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap seberat 700g (berat ikut pilihan anda)
  • 1/2 bawang besar dan  2 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 2 biji lobak merah(dipotong dadu)
  • 4 biji cili padi (dihiris halus)
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1/2 sudu garam dan ajinomoto
  • 1 cawan air masak
Cara penyediaan;
  • tumiskan bawang besar,bawang putih sehingga naik bau.
  • tambahkan garam dan ajinomoto
  • masukkan cili padi, lobak merah bersama bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
  • masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan sedikit air.
  • masukkan ikan yang hendak dimasak.
  • akhir sekali masukkan tomato yang telah dipotong.
  • tunggu sehingga ikan  masak dan hidang ikut citarasa masing-masing.

English Primier League(EPL)

  • Arsene Wenger, membuat persiapan kelabnya Arsenal yang akan berdepan skuad senior Malaysia esok.
  • Presiden Internacional, Giovanni Luigi telah mengesahkan yang mereka telah mencapai persetujuan dengan Chelsea mengenai penjualan oscar...23.Julai 2012.
  • Esteban Granero,sasaran liverpool dalam perpindahan ini, telah memberitahu kelab EPL itu bahawa dia mahu kekal bersama Real Madrid...23Julai 2012.
  • Man City dilaporkan akan menawarkan gaji yang lumayan sebanyak GBP190,000 (RM934,798) seminggu dalam usaha mengekalkan David Silva di Etihad..22Julai 2012.
  • Sir Alex Ferguson tampil mempertahankan keluarga Glazer yang merupakan pemilik Man Utd:Mereka tidak menolak permintaan saya..22Julai 2012.
  • Pemain tengah Brazil,Oscar berkata telah menjalani pemeriksaan perubatan di Chelsea tetapi belum menyertai kelab itu..21 Julai 2012.

Sunday 22 July 2012

Bab 9 Migrasi Penduduk

  • Migrasi ialah perindahan/penghijrahan/pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain secara kekal atau sementara.
  • Du jenis migrasi iaitu;
          a)migrasi dalaman
          b)migrasi antarabangsa
  • Transmigrasi ialah perpindahan penduduk dari satu pulau ke pulau-pulau yang lain secara paksaan seperti penduduk di Pulau Jawa berpindah ke pulau Sumatera dan pulau Kalimantan.
Migrasi Dalaman
-melibatkaan penduduk berpindah/berhijrah antara daerah dan negeri dalam negara yang sama.


  • Di malaysia,Migrasi dalaman berlaku dalam empat jenis iaitu;
  1. migrasi luar bandar ke bandar
  2. migrasi bandar ke luar bandar
  3. migrasi luar bandar ke bandar
  4. migrasi bandar ke bandar
  • Migrasi yang paling kerap berlaku di Malaysia ialah migrasi luar bandar ke bandar.
Contoh Pola Migrasi dalaman di Malaysia

Pola migrasi dalaman
Ciri-ciri
Luar Bandar ke bandar
·         Pola migrasi yang paling banyak/kerap berlaku
·         Golongan muda adalah migran utama
·         Alasan migrasi adalah peluang pekerjaan, kadar upah tinggi, taraf hidup dan kemudahan social yang baik.
·         Contohnya ke Lembah Klang, Bayan Lepas dan Bayan Baru Pulau pinang.
Luar Bandar ke luar bandar
·         Perpindahan penduduk  yang padat dari kawasan luar Bandar ke kawasan luar Bandar yang baru dibangunkan/dibuka.
·         Melalui dasar kerajaan  dilaksanakan oleh beberapa agensi iaitu FELDA dan FELCRA
·         Misalnya kawasan tanah rancangan baru iaitu;
1.       DARA-Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara.
2.       KESEDAR-Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan.
3.       KETENGAH-Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.
4.       KEJORA-Lembaga Kemajuan Johor Tenggara.
5.       SLDA-Lembaga Kemajuan Tanah Sabah.


Biografi Imam Al-Shafie



  • Imam Al-Shafie atau dikenali dengan gelaran Imam Shafie adalah pengasas utama mazhab Shafie. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf.
  • Imam Shafie adalah daripada keturunan Arab Quraisy dan berkait rapat dengan keturunan Nabi Muhammad S.A.W sebelah Abdul Manaf.
  • Atas perkaitan ini Imam Shafie digelar Anak bapa saudara Rasul atau daripada golongan yang dipanggil Zawil Qurba.

Kelahiran Imam Shafie
  • Menurut riwayat Imam Shafie dilahirkan pada bulan Rejab 150 hijrah. Beliau dilahirkan di Ghazzah dalam wilayah Palestin.
  • Kelahiran Imam Shafie berlaku pada bulan dan tahun yang sama dengan kewafatan Imam Abu Hanifah.Ada sesetengah pendapat mengatakan pada malam kematian Imam Abu Hanifah, Imam Shafie dilahirkan.
  • Beliau dilahirkan pada zaman Abu Jaafar Al-Mansur menjadi Khalifah di Baghdad. Al-Mansur ilah Khalifah Bani Abbas yang kedua. Pada masa itu,wilayah Islam telah pesat berkembang dan kota-kota besarnya seperti Baghdad, Kufah, Damsyik, Fustat(Mesir) dan Qurtubah (Andalus) sudah maju dan terkenal sebagai gedung ilmu pengetahuan.
Ibu Imam Shafie
  • Ibu kepada Imam Shafie bernama Fatimah.Jika disusur kembali keturunan ibu Imam Shafie nyata beliau juga adalah keturunan Rasulullah sebelah anaknya Siti Fatimah.Ibunya Fatimah itu adalah Fatimah binti Abdullah Bin Al-Hasan bin Husain bin Ali bi Abi Talib.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...