Wednesday 29 June 2011

Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
AwalanVarianContoh perkataancontoh penggunaan
ke-kekerabat, ketladak, kekasihKerabat diraja itu makan di warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN-pe-pewangi, peragut, pesalahOrang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.
pem-pemfatwa, pemproses, pemberontakMesin pemproses sawit itu mahal harganya.
pen-pensyarah, penswastaan, penagih, pendapatPensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari
peng-pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuhPengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.
penge-pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebomPengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri
pel-pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakonPelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.
peR-perpertapaPertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru-juru-jurutaip, jururunding, jurubahasaSemua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)dwi-dwibahasa, dwifungsi, dwiedaranMajalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)eka-ekabahasa, ekakaum, ekafungsiPengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca-(dirujuk kepada `selepas')pasca-pascasiswazahPengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
pra-(menunjukkan makna `sebelum')pra-prasejarah, prakemerdekaanAhli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.
swa-menunjukkan maksud `sendiri')swa-swalayan, swamodal, swakaryaPelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.

Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhirancontoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk)seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)pragawati, olahragawati
-anpakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitancontoh perkataan
ke....ankezaliman, kesenangan
pe...anperanan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...anpenyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipancontoh perkataan
-el-telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er-keruping, seruling, serabut
-em-kemuning, kemuncup, kemelut

Friday 10 June 2011

Perihal kata

1. Cucuk dan Cocok
Cucuk bermakna tusuk contohnya benda seperti cucuk sanggul..boleh jadi juga penjodoh bilangan-Secucuk Sate.
Cocok bermakna sama benar/tepat/sesuai/setuju/seimbang

2. Boleh dan Dapat
Boleh bermakna ada hubungan dengan keizinan.
Dapat bermakna ada hubungan keupayaan atau kemampuan.
Contoh: Oleh sebab hari hujan, saya tidak (dapat/boleh)hadir ke majlis itu.
             Oleh sebab tidak diundang, saya tidak (boleh/dapat) menghadiri majlis itu.

3. Jemput dan Undang
Jemput bermakna perbuatan pergi menyambut, menyongsong atau mengambil seseorang.
Undang bermakna perbuatan memanggil atau mempersilakan seseorang menghadiri sesuatu majlis.
Contoh: Saya harus (mengundang/menjemput) anak saya di sekolah sekarang.
             Jika kita (mengundang/menjemput) orang, layanlah mereka dengan ikhlas.

4.Satu dan Suatu
Satu bermakna bilangan yang bererti tunggal dan digunakan untuk menunjukkan bilangan.
Manusia (seorang budak), haiwan (seekor gajah), benda (sebuah radio).
Suatu bermakna menyatakan benda, tempat, masa dan hal yang tidak tentu atau tidak dapat dipastikan.
Contoh: Suatu hari (tidak tentu hari apa)

5. Mesti dan Pasti
Mesti bermakna wajib, patut dilakukan (kata bantu)
Pasti bermakna tentu (kata adjektif)
Contoh: Saya (mesti/pasti) hadir ke majlis itu jika tidak ada apa-apa masalah.
             Di pasar raya (pasti/mesti) ada dijual barang yang kamu cari. 

Sumber: DBP






















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...