Artikel


PUNCA-PUNCA STRESS

Hari ini saya ingin menghuraikan satu punca stress yang jarang kita sedari yang kebiasaannya kita lalui iaitu faktor semulajadi yang kita miliki seperti berikut;

1.Selalu ingin kemenangan dan tidak suka menghadapi kekalahan
-Semua individu/orang mempuyai sifat senantiasa inginkan kemenangan/kejayaan dalam apa jua bentuk perbuatan atau tindakannya...itu adalah satu sifat positif..tetapi ada sebilangan kecil individu yang mempunyai kemahuan sentiasa ingin kemenangan/kejayaan dan tidak sanggup mengahadapi kelemahan/kekalahan didalam dirinya.
-Sebaliknya, sekiranya golongan yang mempunyai sifat ini dihantui oleh kekalahan/kegagalan di dalam dirinya perasaan kecewa akan timbul sehinggakan mengakibatkan stress dan tekanan.
-Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa perkara yang dihadapi amat memalukan dan menyedihkan.

2.Tidak senang melihat orang lain lebih daripada apa yang dimilikinya.
-Ada sesetengah individu yang bersifat sedemikian kerana tidak cukup dan tidak puas hati dengan apa yang dimilikinya..oleh yang demikian, perasaan tidak boleh melihat orang lebih daripada apa yang dimilikinya akan timbul.
-Perasaan ini akan menyebabkan tekanan dan stress dihadapi oleh individu tersebut.

3.Risau yang keterlaluan
-Tekanan boleh wujud apabila seseorang itu mengalami risau yang keterlaluan.Kerisauan yang timbul disebabkan, mereka terlalu memikirkan sesuatu perkara yang kebiasaannya kesan negatif sedangkan perkara tersebut belum berlaku.
-Kajian pakar-pakar psikologi mendapati 90% perkara yang dirisaukan tidak terjadi sama sekali.

4.Berprasangka buruk dan hasad dengki

5.Tidak suka menerima teguran



TipS Menentukan Teknik Belajar (panduan pelajar)
  • Ramai pelajar berpendapat bahawa langkah pertama untuk belajar ialah membaca buku teks atau buku catatan. namun, hakikatnya para pelajar kena memberi fokus dan memahami tujuan atau objektif yang diinginkan. Berapa A yang anda inginkan?objektif yang disasarkan adalah penting sebagai satu cara atau teknik semasa kita belajar seterusnya dapat mencapai hasil keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan.
  •  Sebagai contoh, sekiranya kita menentukan markah 90 peratus dalam mata pelajaran bahasa Melayu, cara pembelajaran kita akan berbeza dengan objektif hanya 70 peratus?Tentu sekali!
  • Ketika anda menetapkan untuk mendapatkan markah 90 peratus, otak anda tahu bahawa anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan sedikit pun. oelh itu, anda akan belajar dengan tekun setiap topik yang dirasakan sukar.
  • Walaupun jika hasilnya bukan 90 atau 100 peratus, paling tidak anda akan mendapat 80-89 peratus tetapi jika meletakkan sasaran 60 peratus sudah tentu anda akan mendapat 50-59 sekiranya membuat kesilapan dan sikap sambil lewa untuk belajar jelas kelihatan. Oleh yang demikian tujuan atau objektif perlu diambilkira oleh setiap pelajar.




10 Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang


1.Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh
menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan
semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2.Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan
mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.
Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak
mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba
belum tahu.

3.Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,
bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah
keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada
generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar
hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha
lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4.Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran
semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar
adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main
dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang
yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah
lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak
terpelajar seperti mereka sendiri.

5.Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi
peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau
peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar
yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah
mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat
guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi
'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.


6.Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang
bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian
bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan
yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan
mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda
andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'
Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
7.Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang
mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota
ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk
mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan
pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan
selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

8.Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan
pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang
yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,
maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

9.Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan
sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah
tertinggal itu.

10 Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru
sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru
adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang
memberikan kita ilmu.




5 Langkah untuk mencapai impian anda!

Semua orang ada impian, tapi tidak semua orang dapat apa yang diimpikan. Itulah sedihnya.  Kenapa ada orang dapat mencapai impiannya sementara orang lain tidak? Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda 5 langkah cara anda boleh mencapai impian anda.

1. Tetapkan impian anda
Tanpa menetapkan impian bagaimana anda boleh mencapainya mudahkan?  Walaupun mudah impian yang anda ingin capai itu haruslah dipecahkan kepada beberapa matlamat.  Katakan impian anda ingin menjadi seorang pelajar cemerlang atau pekerja yang berjaya:
a.       Berapa lama masa untuk anda target untuk membuat persiapan menjelang peperiksaan?
b.      Apakah yang anda perlu lakukan dalam setiap bulan untuk 12 bulan yang anda perlu lalui?
c.       Apakah pula perkara yang perlu anda lakukan dalam setiap minggu pada setiap bulan tersebut?
d.      Dan tidak lupa apa yang anda perlu buat hari ini untuk mencapainya?
Kalau anda telah jelas dengan impian dan matlamat anda ini, maka anda telah nampak jalan anda boleh mencapainya.  Anda tidak akan sampai ke shopping complex yang anda ingin tuju kalau anda tak tahu jalannya kan?  Demikian juga untuk mencapai impian kita mesti tahu jalan yang perlu dilalui.

2. Bertindak
Di sinilah ramai yang gagal mencapai impian mereka.  Walaupun mereka telah ada matlamat yang jelas dan teliti tapi mereka masih belum mampu mencapainya kerana belum lagi bertindak.  Cara bertindak ialah tanam betul-betul impian yang kita ingin capai itu dalam minda kita. Semakin kita menghayatinya maka semakin itulah kita akan lebih kuat untuk bertindak.

3. Buat review
Sudah pasti setiap langkah yang kita buat, belum tentu boleh mencapai hajat kita.  Setiap kejayaan pasti ada cara dan setiap kegagalan mesti ada sebab.  Inilah yang kita perlu lakukan setelah kita berusaha.  Kalau usaha kita berjaya maka kita telah tahu apa yang boleh dilakukan, sementara kalau tidak tercapai pula kita tahu apa yang tidak boleh dilakukan.  Seterusnya kita perlu mencari apakah cara untuk mengatasi halangan tersebut. Pada peringkat inilah kita perlu mencari ‘nasihat’ daripada mereka yang pakar dalam bidang tersebut.

4. Jangan putus asa
Ini adalah pantang larang terbesar orang yang ingin berjaya.  Kita pasti mencapai impian kita Cuma masanya bukan kita yang menentukan.  Tapi selagi kita tidak berputus asa peluang untuk kita mencapai kejayaan masih cerah di hadapan.  Orang yang berjaya tidak akan putus asa dan orang yang putus asa tidak akan berjaya.

5. Mohon pada Tuhan
Sebenarnya tidak ada sebab untuk kita tidak percaya Tuha itu wujud.  Kalau benar dunia ini jadi sendiri sebab ‘big bang’ semata-mata kenapa sekian banyak letupan yang telah berlaku di dunia ini tidak mampu menghasilkan alam semesta?  Jadi Dialah yang Maha Mendengar, jadi mohonlah kepadaNya aga jalan kita dimudahkan.
Ikutlah 5 langkah ringkas ini, insyallah anda akan dapat mencapai impian anda!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...