o Jalan raya, jalan kereta api dan pelabuhan telah dibina oleh penjajah British untuk memudahkan urusan pengeskportan sumber bijih timah dan getah.
o Penjajah British telah mengeksploitasi sumber bijih timah dan getah untuk dihantar ke Negara asal.
o Rangkaian pengangkutan lebih padat di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia berbanding dengan pantai timur kerana tumpuan kegiatan ekonomi.
o Pada zaman penjajah, pengangkutan jalan darat terbahagi kepada dua iaitu;
a) Jalan kereta api
b) Jalan raya
Jalan Kereta api
1. Landasan kereta api pertama dibina oleh penjajah British ialah dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang).
2. Tujuan pembinaan landasan kereta api ini adalah untuk mengangkut bijih timah ke pelabuhan.
3. Jalan kereta api kedua dibuka dari Seremban ke Port Dickson pada tahun 1891.
4. Jalan kereta api seterusnya menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenhem atau sekarang dikenali sebagai Pelabuhan Klang.
5. Perkembangan sistem jaringan jalan kereta api telah mengubah sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi eksport.
6. Di Sabah, landasan kereta api dibina dari Weston ke Beaufort dan dari Tenom ke Jesselton (kota Kinabalu).
7. Di Sarawak, pembinaa landasan kereta api menghubungkan Bandar Kuching dengan Batu 10 sepanjang 6.21km
8. Di Sarawak Jalan pengangkutan darat adalah terhad kerana keadaan bentuk muka bumi dan hutan tebal. Pengangkutan air adalah pengangkutan penting di Sarawak.
Jalan Raya
1. Jalan raya pertama ialah jalan kereta lembu yang menghubungkan Taiping dengan Matang.Jalan ini seterusnya bersambung ke Krian dan seterusnya ke Seberang Prai.
2. Jalan raya digunakan untuk mengangkut bijih timah, buruh dan keperluan perlombongan dari landasan kereta api ke pelabuhan ke kawasan perlombongan dan sebaliknya.
3. Jaringan Jalan raya yang menghubungkan Larut ke pelabuhan Pulau Pinang menggunakan kereta lembu, beca (lanca) dan kereta kuda.
4. Melalui penemuan enjin barulah diperkenalkan bas dan lori.
5. Sistem pengangkutan jalan raya adalah paling penting daripada jalan kereta api.
6. Tahap ketersampaian yang tinggi telah memudahkan barangan diangkut dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pengangkutan air pada zaman penjajah
v Pengangkutan air iaitu melalui sungai dan pelabuhan
v Pengangkutan air merupakan jenis pengangkutan dan perhubungan yang utama sejak zaman kegemilangan Melaka lagi.
v Perahu dan jong telah digunakan sebagai pengangkutan.
v Tongkang dan kapal susur pantai digunakan untuk mengangkut dan membawa bekalan makanan, jentera dan buruh.
v Barangan yang dibawa melalui pengangkutan air akan diangkut ke gudang yang terletak di tepi sungai sebelum diangkat ke kapal untuk di eksport.
v Terdapat beberapa pelabuhan yang menjadi pusat mengeksport barang seperti Port Swettenham dan Port Dickson.
v Beberapa pelabuhan lain seperti pelabuhan Labuan dan pelabuhan pulau Pinang.
v Getah dan Bijih Timah adalah barangan yang dieksport.
v Pelabuhan juga menjadi pusat untuk mengimport barangan buatan dan perkakas kilang.
Perhubungan Awal pada zaman penjajah
Ø Pada zaman penjajah pos, telegraf dan telefon telah diperkenalkan.
Ø Jabatan perkhidmatan pos pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1862.
Ø Pada masa itu hanya tumpu urusan surat menyurat
Ø Kemudian berkembang melibatkan urusan pengangkutan surat khabar, bungkusan, dokumen pernigaan, kemudahan insurans.
Ø Perkhidmatan pos lebih cepat selepas adanya jaringan pengangkutan darat.
Ø Telegraf diperkenalkan pada tahun 1876 di Perak.
Ø Sistem telegraf amat penting dalam pentadbiran dan penguatkuasaan penjajahan negeri-negeri Melayu.
Ø Peringkat permulaan, telegraf dibina untuk menjaga kepentingan pihak British di kawasan perlombongan.
Ø Membolehkan maklumat dan arahan dari pusat pentadbiran di Singapura disampaikan dengan lebih cepat ke pusat-pusat pentadbiran negeri-negeri Melayu.
Ø Telefon pula diperkenalkan 10 tahun kemudian pada tahun 1886 selepas telegraf.
Ø Pada peringkat awal hanya digunakan untuk keselamatan dan dipasang untuk menghubungi balai polis.
Kepentingan sistem pengangkutan semasa penjajahan British di negara kita
ReplyDelete