Tatabahasa


TATABAHASA

KATA ARAH
ialah perkataan yang menunjukkan arah.
Kata arah terletak di hadapan frasa nama  dan di belakang kata sendi nama untuk menunjukkan arah.
Contoh kata arah ialah belakang, hadapan, tepi, bawah, atas,utara, timur dan sudut.
Contoh ayat Ayah pergi menoreh getah di belakang rumah.

KATA MAJMUK
ialah dua atau lebih kata dasar yang digabungkan untuk membentuk satu perkataan baharu.
Kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga kelompok:

-kata majmuk bebas contoh gambar rajah, alat tulis, biru laut.
-istilah contoh hak milik, pita suara, segi tiga.
-kiasan contoh kaki ayam, buah hati, bulan madu.
         ada kata majmuk yang telah mantap yang dieja  sebagai
         satu perkataan.  Contoh antarabangsa setiausaha, dan
         tandatangan.
        
       - apabila kata-kata majmuk menerima imbuhan atau  
         akhiran  sahaja, perkataan-perkataan tersebut dieja
         terpisah.  Contoh bercampur aduk dan mengambil alih.
          sebaliknya, apabila kata majmuk menerima imbuhan
         apitan, kata-kata majmuk dieja bercantum seperti  
         mencampur adukkan dan diurusniagakan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...