Sunday 21 October 2012

Sampaikan Sunnah, Jangan Bertengkar

Imam Ahmad bin Hanbal terkenal dengan kepakarannya dalam ilmu hadis. Beliau juga sangat teguh berpegang kepada sunnah.Suatu hari, Al-Abbas bin Ghalib al-Warraq bertanya kepadanya: "Jika aku berada dalam satu majlis, dan tidak ada yang mengetahui sunnah dalam majlis itu kecuali diriku, lalu seorang ahli bidaah berbicara. Bolehkah aku membantahnya?"
    Imam Ahmad menjawab: "Beritahukanlah sunnah itu, namun jangan bertengkar". Al-Warraq mengulangi soalannya beberapa kali,namun Imam Ahmad tetap melarangnya. Beliau tidak menyukai pertengkaran walaupun untuk menegakkan sunnah sekalipun. Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Imam Ahmad menjadi marah. Beliau berkata: "Aku mendapati engkau orang yang suka bertengkar!" Diceritakan oleh Ibn Muflih al-Hanbali dalam Kitab al-Adab al-Shar'iyyah.

Pengajaran: Kewajipan kita hanya menyampaikan sunnah. Jika orang lain tidak menerimanya, maka tidak wajib memaksa apalagi bertengkar dengannya. Pertengkaran hanya akan membawa kepada permusuhan dan tiada siapa yang mendapat manfaat daripada permusuhan sesama kaum Muslimin selain musuh-musuh Islam.

Sumber: Dipetik daripada Majalah al-Ustaz.

Berhikmah dalam Menegur

Atikah binti Zaid seorang wanita yang sangat cantik. Khalifah Umar bin al-Khattab menikahi beliau pada tahun 12 Hijrah setelah suaminya terbunuh. Sayidina Umar sangat mencintai isterinya ini dan selalu menuruti segala keinginannya.
   Salah satu kesukaan Atikah adalah menghadiri solat berjemaah di masjid. Meskipun Umar tidak suka isterinya keluar, namun beliau tidak menghalang Atikah daripada melakukan apa-apa yang ia inginkan.
   Namun begitu, Umar merancang sesuatu agar Atikah tidak lagi keluar rumah atas kehendaknya sendiri. Pada suatu malam yang gelap,Umar berdiri di tepi jalan.Beliau menunggu Atikah yang akan melintas untuk pergi ke masjid.
   Apabila Atikah melalui jalan tersebut, Umar mendekatinya dari arah belakang, menepuk punggung Atikah dengan tangannya, lalu pergi meninggalkan tempat tersebut. Atikah yang tidak mengetahui bahawa yang menepuknya itu ialah suaminya sendiri menjadi ketakutan. Beliau segera balik ke rumah dan sejak hari itu tidak pernah lagi keluar ke masjid.

Pengajaran: Seorang isteri mesti peka dengan perasaan suaminya. Ia mesti meninggalkan apa-apa yang tidak disukai oleh suaminya tanpa harus diminta. Pada saat yang sama, suami mesti pandai menjaga perasaan isterinya. Sedapat mungkin ia menegur isterinya dengan hikmah tanpa melukai perasaannya.

Sumber: Al-Bidayah wa al-Nihayah,Ibn Kathir..dipetik daripada Majalah Al-Ustaz.

Sunday 7 October 2012

4 Langkah Untuk Mengukuhkan Kewangan Anda

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBUAH KELUARGA





Kehadiran bayi dalam hidup anda akan membuatkan anda memikirkan semula kehidupan yang anda sia-siakan selama ini. Pertama sekali adalah kedudukan kewangan anda. Berapa banyak pendapatan anda suami isteri tidak penting. Apa yang penting ialah mengetahui kedudukan anda sekarang, arah tuju dan perancangan anda untuk mencapai matlamat anda:


1. TETAPKAN MATLAMAT
Matlamat kewangan anda mencerminkan perkara yang paling penting untuk diri anda dan keluarga anda. Matlamat akan membantu anda menguruskan wang serta mendorong anda untuk mengawal dan merancang. Bersama-sama dengan pasangan anda, senaraikan:


  • Matlamat jangka pendek: dapat dicapai dalam beberapa minggu atau bulan seperti lawatan hujung minggu atau pakaian baru.
  • Matlamat jangka sederhana: dapat dicapai dalam masa satu hingga lima tahun seperti kereta atau komputer.
  • Matlamat jangka panjang: dapat dicapai dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun seperti rumah atau pendidikan anak anda.
Jumlah simpanan untuk setiap matlamat bergantung kepada anda dan pasangan anda. Bincang hal ini bersama-sama secara terbuka dan capai persetujuan yang menggembirakan kedua-dua pihak dan dapat diuruskan.

2.   PEMANTAUAN
Langkah pertama untuk mencapai matlamat anda ialah dengan merancang perbelanjaan anda. Mulakan dengan merekod perbelanjaan rumah anda untuk tempoh lapan minggu. Matlamat anda bukan untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi untuk menjawab soalan-

soalan ini:
  • Di mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda?
  • Berapa banyak anda berhutang setiap bulan?
  • Berapa baki wang yang tinggal pada setiap akhir bulan?
3.   KAJI SEMULA
Jadi, adakah tabiat perbelanjaan anda baik? Jika anda dapati tiada baki yang tinggal pada akhir bulan, anda perlu menilai semula tabiat perbelanjaan anda. Tanya diri anda:
  • Barangan rumah yang anda boleh tukar kepada jenama yang lebih murah?
  • Adakah senarai barang runcit anda mengandungi barangan 'indah di mata' berbanding barang-barang keperluan yang lebih penting?
Kaji semula perbelanjaan yang mewah (cth. barangan elektrik, langganan majalah, rawatan kecantikan, hiburan dan sebagainya). Yang mana anda boleh kurangkan?
4.  MERANCANG
Sekarang, setelah memahami corak perbelanjaan anda, anda boleh merancang perbelanjaan yang berguna untuk keluarga anda. Ini caranya:
  • Nyatakan pendapatan bulanan anda.
  • Tambahkan jumlah perbelanjanan anda.
  • Peruntukkan jumlah yang tetap untuk kecemasan atau perbelanjaan bermusim seperti cukai jalan atau pembaharuan insurans.
Jika anda mempunyai lebihan wang selepas ini, itu adalah berita yang baik. Anda telah melangkah lebih dekat untuk mencapai matlamat anda. Jika tidak, anda perlu merujuk semula Langkah 3 dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.



Wednesday 3 October 2012

Tasik-Tasik di Malaysia


Tasik Bera:sumber google

--Di negara kita terdapat dua jenis tasik iaitu;
  1. Tasik semulajadi
  2. Tasik Buatan Manusia
--Tasik semula jadi di Malaysia adalah Tasik Bera dan Tasik Chini
--Tasik Bera adalah Tasik Semula jadi terbesar di Malaysia iaitu keluasan kira-kira 24000hektar yang bercantum dengan dua batang sungai iaitu Sungai Bera dan Sungai Pahang.
--Tasik Bera dan Tasik Chini penting dalam membekalkan sumber ikan air tawar kepada penduduk dan sebagai kawasan pelancongan khususnya di negeri Pahang.

--Antara tasik buatan manusia seperti Tasik kenyir di Terengganu, Tasik Temenggor dan Tasik Chenderoh di Perak, Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa di Selangor.
--Kepentingan tasik;

--Sumber periknan air tawar-Tasik Chenderoh,Tasik Temengggor
--Menjana kuasa hidroelektrik-Tasik Kenyir dan Tasik Temenggor
--Kawasan pelancongan dan taman rekreasi-Taik Titiwangsa dan Tasik Perdana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...