Friday 10 August 2012

Proses Pembentukan Banjaran Gunung di Malaysia

  1. Banjaran gunung di Malaysia terbentuk daripada proses lipatan.
  2. Proses lipatan terbentuk apabila kerak bumi menerima kuasa mampatan.
  3. Pergerakan plat-plat tektonik menghasilkan kuasa tegangan dan mampatan pada kerak bumi.
  4. Apabila kerak bumi termampat, maka terbentuk banjaran gunung lipat.



Gunung Lipat Muda
Gunung Lipat Tua
·         Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
·         Berpunca dari Pusaran Pamir
·         Tidak stabil, lebih tinggi dan kasap
·         Contoh:
-Banjaran Himalaya
-Banjaran Korakoram
-Banjaran Barisan
-Banjaran Crocker
-Banjaran Tama Abu
·         Kira-kira 240 juta tahun dahulu terbentuk
·         Terkenal sebagai system Gunung Indo-Malaya
·         Berpunca dari Dataran Tinggi Yunnan (China) menganjur ke Dataran Tinggi Shan (Myanmar)
·         Stabil kerana terletak di luar Lingkaran Api Pasifik
·         Lebih rendah kerana telah mengalami banyak proses hakisan dan gongolan
·         Contoh:
-banjaran Titiwangsa
-banjaran Annam
-banjaran Ural
Perbandingan antara Sistem Gunung Lipat Muda dan Gunung Lipat Tua
*info menarik : Banjaran Himalaya ialah banjaran gunung yang terpanjang dan tertinggi di dunia. Banjaran ini mempunyai sebanyak 30 gunung yang mencapai ketinggian melebihi 7300meter dari paras laut. Kemuncak tertinggi ialah Gunung Everest iaitu 8848 meter dari aras laut dan merupakan gunung tertinggi di dunia.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...