Saturday 13 August 2011

Pembentukan Kata Adjektif

  1. Kata adjektif terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut:
a)      Kata adjektif tunggal
b)      Kata adjektif terbitan
c)       Kata adjektif ganda
d)      Kata adjektif majmuk
  1. Kata adjektif tunggal terdiri daripada hanya satu perkataan sahaja contoh:nyenyak,masam,manis,pahit,besar dll.
  2. Kata adjektif terbitan merupakan satu kata dasar yang menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan, apitan atau sisipan. Contoh:termasyur,setinggi,kemarahan,kemetot.
  3. Kata adjektif ganda dapat diterbitkan melalui tiga cara iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, penggandaan berentak.contoh: rendah-rendah,kecil-kecilan, gilang-gemilang.
  4. Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tetentu.Dieja terpisah contoh:merah jambu, ringan tulang, biru laut.

Kata Adjektif

·         Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
·         Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama.
·         Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat.
·         contohnya..Saya amat malas. Saya (kata ganti nama),amat (kata penguat),malas (kata adjektif).
·         Terdapat Sembilan jenis kata adjektif iaitu:
·         a)Kata adjektif keadaan atau sifatan-baik,pandai,sihat,takut,kecewa.
·         b)Kata adjektif warna-merah,jihau,putih
·         c)Kata adjektif ukuran-tebal,nipis,tinggi dll.
·         d)Kata adjektif bentuk-bulat,leper,bengkok,kemps dll.
·         e)Kata adjektif waktu-baharu,lambat,silam,suntuk dll.
·         f)Kata adjektif jarak-jauh,dekat,hampir,nyaris dll.
·         g)Kata adjektif cara-laju,lambat,perlahan,deras dll
·         h)Kata adjektif perasaan-benci,suka,rindu,marah,geram dll.
·         i)Kata adjektif pancaindera-sedap,bising,kasar,harum,halus dll.

Tuesday 9 August 2011

Latihan Tatabahasa

Gariskan kata ganti nama diri dalam ayat-ayat berikut kemudian nyatakan jenisnya.

1.Ketika Tan Sri Husin bersara, beliau baru berumur 45 tahun.             ___________________
2.Saya baru sahaja menghadiri majlis perkahwinan di rumah Kamilah Hj Lokman. ___________________
3.Biar pun banyak orang yang mencaci Mak Bedah tetapi dia tetap tabah. _______________________
3. Sultan Salehuddin pun melangkah kaki ke balairung seri. Baginda diiringi oleh Bendahara. ___________________
4.“Bolehkah saudara menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi?” Tanya wartawan itu kepada Sofian.______________________
5.“Janganlah kamu terlibat dalam kegiatan penagihan dadah, kelak dirimu akan binasa”,nasihat ibu kepada abang.______________________

Wednesday 20 July 2011

Simpulan Bahasa-sambungan nota


Simpulan Bahasa

Pengenalan
-Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang kaya dengan peribahasa.
-Peribahasa Melayu yang mudah dan ringkas dikenali sebagai simpulan bahasa.
-Simpulan bahasa diertikan sebagai ungkapan yang terdiri daripada dua rangkai kata atau lebih yang memberi erti/makna yang berlainan daripada perkataan yang membentuknya.sebagai contoh, saya ingin berkongsi dengan anda tentang simpulan bahasa akal kancil.Simpulan bahasa ini membawa makna penuh dengan tipu muslihat.Ayat contoh:Jurujual di kaki lima itu mempunyai akal kancil untuk mempengaruhi orang ramai. rangkai kata ini telah memberi makna tertentu tetapi jika diteliti perkataan akal bermakna daya fikir manakala kancil ialah sejenis binatang liar yang tinggal di hutan.
-susunan perkataan dalam peribahasa tidak boleh ditukar atau diubah sewenang-wenangnya.
-Contoh simpulan bahasa :panjang tangan tidak boleh diubah menjadi tangan panjang kerana tangan panjang tidak dipanggil lagi sebagai simpulan bahasa. Rangkai kata tersebut telah menjadi rangkai kata biasa.
-Beberapa contoh simpulan bahasa:
a)ajak-ajak ayam-mempelawa seseorang dengan tidak bersungguh-sungguh.
b)anak angkat-anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri.
c)buta huruf- tidak pandai membaca.
d)cari akal-berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
e)dalam tangan-pasti diperoleh, dalam genggaman.
f)gaji buta-gaji yang diterima dengan kerja yang tidak bersungguh-sungguh.
g)lidah bercabang-percakapan yang berubah-berubah.
h)makan suap-menerima rasuah.
i)serkap jarang-membuat tuduhan tanpa usul periksa.
j)otak cair-cerdik.



















Kata Pemeri

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Kata pemeri dapat dipecahkan kepada dua jenis, iaitu ialah dan adalah.
Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.


Contoh ayat:
Perempuan  itu ialah kakak saya.
Hafiz adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
Laksa ialah makanan kegemaran saya.
Keikhlasan dalam melakukan sesuatu kerja adalah terletak pada diri seseorang itu. 

Wednesday 29 June 2011

Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
AwalanVarianContoh perkataancontoh penggunaan
ke-kekerabat, ketladak, kekasihKerabat diraja itu makan di warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN-pe-pewangi, peragut, pesalahOrang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.
pem-pemfatwa, pemproses, pemberontakMesin pemproses sawit itu mahal harganya.
pen-pensyarah, penswastaan, penagih, pendapatPensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari
peng-pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuhPengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.
penge-pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebomPengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri
pel-pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakonPelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.
peR-perpertapaPertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru-juru-jurutaip, jururunding, jurubahasaSemua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)dwi-dwibahasa, dwifungsi, dwiedaranMajalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)eka-ekabahasa, ekakaum, ekafungsiPengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca-(dirujuk kepada `selepas')pasca-pascasiswazahPengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
pra-(menunjukkan makna `sebelum')pra-prasejarah, prakemerdekaanAhli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.
swa-menunjukkan maksud `sendiri')swa-swalayan, swamodal, swakaryaPelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.

Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhirancontoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk)seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)pragawati, olahragawati
-anpakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitancontoh perkataan
ke....ankezaliman, kesenangan
pe...anperanan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...anpenyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipancontoh perkataan
-el-telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er-keruping, seruling, serabut
-em-kemuning, kemuncup, kemelut

Friday 10 June 2011

Perihal kata

1. Cucuk dan Cocok
Cucuk bermakna tusuk contohnya benda seperti cucuk sanggul..boleh jadi juga penjodoh bilangan-Secucuk Sate.
Cocok bermakna sama benar/tepat/sesuai/setuju/seimbang

2. Boleh dan Dapat
Boleh bermakna ada hubungan dengan keizinan.
Dapat bermakna ada hubungan keupayaan atau kemampuan.
Contoh: Oleh sebab hari hujan, saya tidak (dapat/boleh)hadir ke majlis itu.
             Oleh sebab tidak diundang, saya tidak (boleh/dapat) menghadiri majlis itu.

3. Jemput dan Undang
Jemput bermakna perbuatan pergi menyambut, menyongsong atau mengambil seseorang.
Undang bermakna perbuatan memanggil atau mempersilakan seseorang menghadiri sesuatu majlis.
Contoh: Saya harus (mengundang/menjemput) anak saya di sekolah sekarang.
             Jika kita (mengundang/menjemput) orang, layanlah mereka dengan ikhlas.

4.Satu dan Suatu
Satu bermakna bilangan yang bererti tunggal dan digunakan untuk menunjukkan bilangan.
Manusia (seorang budak), haiwan (seekor gajah), benda (sebuah radio).
Suatu bermakna menyatakan benda, tempat, masa dan hal yang tidak tentu atau tidak dapat dipastikan.
Contoh: Suatu hari (tidak tentu hari apa)

5. Mesti dan Pasti
Mesti bermakna wajib, patut dilakukan (kata bantu)
Pasti bermakna tentu (kata adjektif)
Contoh: Saya (mesti/pasti) hadir ke majlis itu jika tidak ada apa-apa masalah.
             Di pasar raya (pasti/mesti) ada dijual barang yang kamu cari. 

Sumber: DBP






















Friday 6 May 2011

Simpulan Bahasa


SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua rangkai kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada angin
berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka
rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam
tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat
mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut
makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat
anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa
anak yang disayangi oleh bapa
anak buah
orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas
anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki
meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin
negara-negara di sebelah barat
atas pagar
tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan
orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar
bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut
orang yang banyak bercakap
batu api
orang yang suka menghasut
batu loncatan
sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang
tali persaudaraan yang jauh
bawah angin
negara-negara di sebelah timur
bekas tangan
hasil kerja tangan seseorang
beralih akal
berubah fikiran atau pendapat
beralih angin
pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati
enggan; malas
berat mulut
pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang
orang yang malas bekerja
berat sebelah
tidak berlaku adil
berbelah bagi
sukar untuk membuat keputusan
berhati batu
degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi
patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua
tidak jujur
bertikam lidah
bertengkar; berdebat
besar hati
bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala
degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati
orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut
sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tangan
hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!
bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku
mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain

Thursday 5 May 2011

BETULKAN EJAAN KOSA KATA ANDA

 
BIL.
SALAH
BETUL
1
bagai mana pun / bagaimana pun
bagaimanapun
2
bah-kan
bahkan
3
baikpulih
baik pulih
4
bantu membantu
bantu-membantu
5
Banyak organisasi-organisasi
Banyak organisasi
6
Banyak perkara-perkara
Banyak perkara
7
banyak premis-premis
banyak premis
8
barang kali
barangkali
9
Barisan pelatih-pelatih
Barisan pelatih
10
baucer
baucar
11
Beberapa orang peminat-peminat
Beberapa orang peminat
12
begitu pun
begitupun
13
beli belah
beli-belah
14
belumpun
belum pun
15
cahayamata
cahaya mata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...