Alhamdulillah sekali lagi kita merdeka, selepas kemerdekaan yang pertama pada 1 Syawal. Bulan Syawal, bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 untuk semua rakyat Malaysia. Slogan yang diperkenalkan untuk tahun ini adalah "Janji ditepati". Bukan hanya sekadar slogan, jangan janji hanya tinggal janji sebagai rakyat Malaysia diharap mampu menghayati slogan yang diperkenalkan itu.Inilah kemerdekaan yang kita kecapi selepas sekian lama dijajah, ditakluk oleh kuasa asing bermula pada tahun 1511 sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Jika diimbas kembali selama lebih empat kurun kita dijajah, banyak peristiwa suka duka, pahit manis yang dilakar dan dicoret dalam sejarah bumi Melayu iaitu negara kita Malaysia. Bermula dengan kedatangan penjajah Portugis dan kepulangan penjajah British selama tempoh itulah, para pejuang dan pendekar Melayu berjuang berkorban darah dan nyawa demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka yang kita nikmati sekarang ini. Pengorbanan mereka sangat besar dan seharusnya dikenang sehingga generasi yang akan datang. Sesiapa sahaja penjuang atau pemimpin yang berjiwa untuk membela dan mempertahankan hak rakyat dan negara harus dikenang sebagai wira buat semua rakyat Malaysia.
Namun, adakah 55 tahun kemerdekaan membawa erti kemerdekaan yang sebenar kepada kita??Erti kemerdekaan yang sebenar sangat luas.Bukan sahaja merdeka daripada belenggu penjajah, bebas daripada pemerintahan penjajah tetapi bebas dari penaklukan dan penjajahan minda, akhlak, sikap daripada nafsu dan unsur jahat yang ada disekeliling kita. Walaupun secara luaran kita tidak dijajah dan ditakluk tetapi hakikat sebenar penjajah dalaman masih ada, kita dijajah oleh nafsu dan budaya yang ditinggalkan oleh penjajah.
Kita boleh renung,kita boleh lihat, kita sedar apa yang berlaku terhadap masyarakat kita sekarang. Pergaulan bebas, Mat Rempit, penagihan dadah, penderhakaan ibu bapa, penzinaan, hubungan songsang, peniruan budaya(punk, skinhead,black Metal,pengkid) sehingga mengikis budaya Melayu adalah contoh penyakit sosial yang melanda masyarakat kita sekarang khususnya pemuda,pemudi,putera puteri kita. Adakah makna kemerdekaan telah kita kecapi sekarang??Secara keseluruhannya sudah pasti tidak.Siapa yang patut mengubahnya, sudah tentu jawapannya adalah diri kita sendiri.
Di sini, saya ingin berkongsi lagu sempena hari kemerdekaan negara kita pada tahun ini:
p/s: Marilah kita sama-sama jaga negara Malaysia, inilah negara yang kita ada... dunia adalah jalan ke syurga..merdeka yang sebenarnya apabila kita berada disana..pesanan ini buat diri penulis sendiri dan juga para pembaca sekalian.