- Imam Al-Shafie atau dikenali dengan gelaran Imam Shafie adalah pengasas utama mazhab Shafie. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf.
- Imam Shafie adalah daripada keturunan Arab Quraisy dan berkait rapat dengan keturunan Nabi Muhammad S.A.W sebelah Abdul Manaf.
- Atas perkaitan ini Imam Shafie digelar Anak bapa saudara Rasul atau daripada golongan yang dipanggil Zawil Qurba.
Kelahiran Imam Shafie
- Menurut riwayat Imam Shafie dilahirkan pada bulan Rejab 150 hijrah. Beliau dilahirkan di Ghazzah dalam wilayah Palestin.
- Kelahiran Imam Shafie berlaku pada bulan dan tahun yang sama dengan kewafatan Imam Abu Hanifah.Ada sesetengah pendapat mengatakan pada malam kematian Imam Abu Hanifah, Imam Shafie dilahirkan.
- Beliau dilahirkan pada zaman Abu Jaafar Al-Mansur menjadi Khalifah di Baghdad. Al-Mansur ilah Khalifah Bani Abbas yang kedua. Pada masa itu,wilayah Islam telah pesat berkembang dan kota-kota besarnya seperti Baghdad, Kufah, Damsyik, Fustat(Mesir) dan Qurtubah (Andalus) sudah maju dan terkenal sebagai gedung ilmu pengetahuan.
- Ibu kepada Imam Shafie bernama Fatimah.Jika disusur kembali keturunan ibu Imam Shafie nyata beliau juga adalah keturunan Rasulullah sebelah anaknya Siti Fatimah.Ibunya Fatimah itu adalah Fatimah binti Abdullah Bin Al-Hasan bin Husain bin Ali bi Abi Talib.
No comments:
Post a Comment