Saturday 21 July 2012

Bab 8 Perubahan Penduduk

Ø  Perubahan penduduk merujuk kepada pertambahan dan pengurangan jumlah penduduk dalam sesuatu Negara dalam setahun.
Ø  Di Malaysia, perubahan penduduk menunjukkan perubahan yang positif.

                                          Jumlah Penduduk Malaysia


Tahun
Jumlah Penduduk (juta orang)
1980
13.75
1991
18.38
2000
23.27
2005
26.13


 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Ø  Tiga faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk;
1.       Kadar kelahiran
2.       Kadar kematian
3.       Migrasi
Kadar Kelahiran
Ø  Kadar kelahiran merupakan jumlah kelahiran bayi dalam setahun berbanding dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun bagi setiap 1000 orang penduduk.Rujuk kadar kelahiran kasar berikut;
Kadar Kelahiran Kasar = Jumlah Kelahiran dalam setahun                  x 1000 orang
                                 Jumlah Penduduk pada pertengahan tahun

  • Contoh di Malaysia pada tahun 2000;
         569500    X 1000 = 24.5 orang setiap tahun bagi 1000 penduduk
        23274700
  • kadar ini telah menurun kepada 19.6 setiap 1000 penduduk pada tahun 2005
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran
  1. Dasar kependudukan negara
  2. Taraf pendidikan
  3. Peluang pekerjaan
  4. Kerjaya dan status wanita
  5. Umur perkahwinan
  6. Taraf hidup
  7. Amalan perancangan keluarga
  8. Agama dan sosiobudaya

2 comments:

  1. apa yang akan berlaku penduduk semakin bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang akan berlaku sekiranya penduduk semaki bertambah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...