Sunday 22 July 2012


 Tatabahasa:Kata Penguat
 
1.    Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
 
Contoh:
 
PalingAgakSungguhAmat
TerlaluNianBenarPaling
3.     Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.Jenis kata penguat hadapan.
4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.Jenis kata penguat belakang.
5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.Jenis kata penguat bebas.
 
Contoh
1.     Pelajar yang paling aktif dalam kokurikulum di sekolah ialah Akmal.
2.     Pemandangan pada waktu senja di tepi pantai itu sungguh indah.
3.     Suhu di kawasan kutub Selatan amat sejuk.
4.     Kereta api di negara Jepun sangat laju.
5.     Kereta itu laju sangat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...