Adit
Ø Berumur 11 tahun
Ø Anak lelaki kepada Pak Katan dan Mak Tawi.
Ø Amat suka makan ikan sardin dan celur pucuk paku
Ø Seorang anak yang rajin-Dia selalu mengikut ayahnya ke hutan untuk mencari rotan, damar dan gaharu.
Ø Seorang yang tabah menghadapi cabaran-Dia tabah menghadapi cabaran meskipun terpaksa menempuh perjalanan selama empat jam untuk pergi dan balik dari sekolah.
Ø Adit seorang yang menghormati orang lain-Dia menghormati Pak Atan, pemandu lori balak yang membawanya pulang dari sekolah.
Ø Pintar-Dia mendapat nombor satu dalam peperiksaan dan memperoleh 3A dalam UPSR.
Pak Katan
· Ayah kepada Adit dan suami kepada Mak Tawi
· Pak Katan mempunyai tujuh orang anak.
· Bekerja sebagai pemungut rotan, damar dan gaharu
· Bekerja sebagai pembantu pembalak
· Rela berkorban-Pak Katan rela berkorban demi masa depan anaknya, Adit.
· Bertanggungjawab-Pak Katan mendaftarkan persekolahan Adit di Pekan.
Mak Tawi
v Ibu kepada Adit dan Isteri kepada Pak Katan
v Penyayang-Dia berasa cemas apabila anaknya lewat pulang daripada biasa.
v Bertanggungjawab-Dia menyediakan bekalan untuk dibawa oleh suami dan anaknya.
v Prihatin-Dia amat prihatin akan makanan kegemaran anaknya, Adit iaitu gulai sardin dan pucuk paku.
Tuk Batin Ahboi
v Berumur 75tahun dan telah 20 tahun menjadi ketua di Kampung Bakai
v Sangat dihormati-Tuk Batin sangat dihormati oleh penduduk Kampung Bakai.
v Bertanggungjawab-Tuk Batin bertanggugjawab membantu anak buahnya yang ditimpa musibah.
Ah Tong
v Berperut buncit
v Bekerja sebagai penyelia pekerja balak
v Baik hati-Dia sanggup menumpangkan Adit bagi membolehkan Adit bersekolah.
v Suka membantu-Dia membantu Pak Katan menyelesaikan masalah anaknya yang ingin bersekolah
Akeh
o Seorang kawan kepada Adit
o Bersekolah di pekan dan tinggal di asrama
o Seorang pengawas disekolahnya
o Pintar-Dia merupakan anak murid yang pintar di sekolahnya
o Bertanggungjawab-Seorang yang bertanggungjawab memberikan kesedaran kepada Adit
o Baik Hati-Dia rela berkongsi tempat di asrama dengan Adit.
No comments:
Post a Comment