Sunday, 9 September 2012

Beruang Madu-Spesis Beruang Terkecil di Dunia


beruang Madu: sumber google

Beruang madu adalah spesis beruang terkecil daripada lapan spesis beruang yang lain di dunia. "Sun Bear" atau "Malayan Sun Bear" atau "Sun Bear"  adalah nama dalam Bahasa Inggeris. Dalam bahasa Latin dikenali dengan nama "Helarctos Malayanus. Ia di panggil beruang madu kerana makanan popularnya adalah madu. Ia selalu mencari sarang lebah dan anak lebah dan madu sebagai makanannya.
     
Tabuaran/Lokasi
       Beruang ini banyak terdapat di benua Asia. Di Malaysia dan Indonesia, beruang ini menjadikan hutan negara tersebut sebagai tempat habitatnya. Secara khusus, beruang Madu ini banyak terdapat di Bengkulu, Indonesia dan di Kota Balikpapan yang juga menjadikan beruang Madu ini sebagai maskot kota rayanya.

Ciri-ciri beruang Madu
  1. Saiz tubuh badan yang tidak panjang iaitu antara 1 hingga 4 meter dan tinggi punggungnya 70cm.
  2. Berat badan beruang Madu adalah 50-65kg
  3. Beruang Madu berwarna hitam dan bulu di dadanya berwarna keputih-putihan atau kuning yang berbentuk "V".
  4. Muncung di mukanya berwarna lebih cerah dari warna dadanya.
  5. Mempunyai kuku yang panjang di kaki dan tangannya membolehkan beruang Madu memanjat pokok dan dahan-dahan dengan cepat dan mudah.
  6. Secara purata, umur beruang Madu boleh mencapai 28 tahun namun usia sebenar spesis beruang kecil tidak diketahui.
  7. Haiwan pemakan madu ini mempunyai tabiat seks sepanjang tahun, bunting selama 96 hari dan tempoh menyusukan anak selama 18bulan. Tempo 3-4 tahun merupakan masa kematangan seksual haiwan ini.
Habitat dan Makanan Beruang Madu
  • Hutan-hutan dataran rendah, hutan berbukit dan bergunung sehingga ketinggian 1500 meter mejadi habitat spesis ini.
  • Secara umumnya, haiwan ini mendiamo hutan-hutan di Bangladesh,Myanmar, Thailand, Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, Vietnam. Di Indonesia, pulau Sumatera dan Kalimantan menjadi habitat haiwan ini.
  • Dari segi diet, beruang Madu sangat gemar kepada sarang lebah. Anak lebah dan Madu menjadi diet kesukaan spesis ini.
  • Namun, spesis ini juga menjadikan ayam hutan, burung, binatang-binatang kecil, buah-buahan, daun-daun sebagai makananya.
  • Beruang Madu bukanlah haiwan karnivor (makan daging) semata-mata tetapi ia juga adalah spesis pemakan tumbuh-tumbuhan(omnivor).
  • Secara umumnya, spesis ini juga berbahaya kepada manusia. Namun, kita perlu melindungi spesis ini daripada ancaman kepupusan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...