Sunday, 21 October 2012

Sampaikan Sunnah, Jangan Bertengkar

Imam Ahmad bin Hanbal terkenal dengan kepakarannya dalam ilmu hadis. Beliau juga sangat teguh berpegang kepada sunnah.Suatu hari, Al-Abbas bin Ghalib al-Warraq bertanya kepadanya: "Jika aku berada dalam satu majlis, dan tidak ada yang mengetahui sunnah dalam majlis itu kecuali diriku, lalu seorang ahli bidaah berbicara. Bolehkah aku membantahnya?"
    Imam Ahmad menjawab: "Beritahukanlah sunnah itu, namun jangan bertengkar". Al-Warraq mengulangi soalannya beberapa kali,namun Imam Ahmad tetap melarangnya. Beliau tidak menyukai pertengkaran walaupun untuk menegakkan sunnah sekalipun. Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Imam Ahmad menjadi marah. Beliau berkata: "Aku mendapati engkau orang yang suka bertengkar!" Diceritakan oleh Ibn Muflih al-Hanbali dalam Kitab al-Adab al-Shar'iyyah.

Pengajaran: Kewajipan kita hanya menyampaikan sunnah. Jika orang lain tidak menerimanya, maka tidak wajib memaksa apalagi bertengkar dengannya. Pertengkaran hanya akan membawa kepada permusuhan dan tiada siapa yang mendapat manfaat daripada permusuhan sesama kaum Muslimin selain musuh-musuh Islam.

Sumber: Dipetik daripada Majalah al-Ustaz.

Berhikmah dalam Menegur

Atikah binti Zaid seorang wanita yang sangat cantik. Khalifah Umar bin al-Khattab menikahi beliau pada tahun 12 Hijrah setelah suaminya terbunuh. Sayidina Umar sangat mencintai isterinya ini dan selalu menuruti segala keinginannya.
   Salah satu kesukaan Atikah adalah menghadiri solat berjemaah di masjid. Meskipun Umar tidak suka isterinya keluar, namun beliau tidak menghalang Atikah daripada melakukan apa-apa yang ia inginkan.
   Namun begitu, Umar merancang sesuatu agar Atikah tidak lagi keluar rumah atas kehendaknya sendiri. Pada suatu malam yang gelap,Umar berdiri di tepi jalan.Beliau menunggu Atikah yang akan melintas untuk pergi ke masjid.
   Apabila Atikah melalui jalan tersebut, Umar mendekatinya dari arah belakang, menepuk punggung Atikah dengan tangannya, lalu pergi meninggalkan tempat tersebut. Atikah yang tidak mengetahui bahawa yang menepuknya itu ialah suaminya sendiri menjadi ketakutan. Beliau segera balik ke rumah dan sejak hari itu tidak pernah lagi keluar ke masjid.

Pengajaran: Seorang isteri mesti peka dengan perasaan suaminya. Ia mesti meninggalkan apa-apa yang tidak disukai oleh suaminya tanpa harus diminta. Pada saat yang sama, suami mesti pandai menjaga perasaan isterinya. Sedapat mungkin ia menegur isterinya dengan hikmah tanpa melukai perasaannya.

Sumber: Al-Bidayah wa al-Nihayah,Ibn Kathir..dipetik daripada Majalah Al-Ustaz.

Sunday, 7 October 2012

4 Langkah Untuk Mengukuhkan Kewangan Anda

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBUAH KELUARGA





Kehadiran bayi dalam hidup anda akan membuatkan anda memikirkan semula kehidupan yang anda sia-siakan selama ini. Pertama sekali adalah kedudukan kewangan anda. Berapa banyak pendapatan anda suami isteri tidak penting. Apa yang penting ialah mengetahui kedudukan anda sekarang, arah tuju dan perancangan anda untuk mencapai matlamat anda:


1. TETAPKAN MATLAMAT
Matlamat kewangan anda mencerminkan perkara yang paling penting untuk diri anda dan keluarga anda. Matlamat akan membantu anda menguruskan wang serta mendorong anda untuk mengawal dan merancang. Bersama-sama dengan pasangan anda, senaraikan:


  • Matlamat jangka pendek: dapat dicapai dalam beberapa minggu atau bulan seperti lawatan hujung minggu atau pakaian baru.
  • Matlamat jangka sederhana: dapat dicapai dalam masa satu hingga lima tahun seperti kereta atau komputer.
  • Matlamat jangka panjang: dapat dicapai dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun seperti rumah atau pendidikan anak anda.
Jumlah simpanan untuk setiap matlamat bergantung kepada anda dan pasangan anda. Bincang hal ini bersama-sama secara terbuka dan capai persetujuan yang menggembirakan kedua-dua pihak dan dapat diuruskan.

2.   PEMANTAUAN
Langkah pertama untuk mencapai matlamat anda ialah dengan merancang perbelanjaan anda. Mulakan dengan merekod perbelanjaan rumah anda untuk tempoh lapan minggu. Matlamat anda bukan untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi untuk menjawab soalan-

soalan ini:
  • Di mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda?
  • Berapa banyak anda berhutang setiap bulan?
  • Berapa baki wang yang tinggal pada setiap akhir bulan?
3.   KAJI SEMULA
Jadi, adakah tabiat perbelanjaan anda baik? Jika anda dapati tiada baki yang tinggal pada akhir bulan, anda perlu menilai semula tabiat perbelanjaan anda. Tanya diri anda:
  • Barangan rumah yang anda boleh tukar kepada jenama yang lebih murah?
  • Adakah senarai barang runcit anda mengandungi barangan 'indah di mata' berbanding barang-barang keperluan yang lebih penting?
Kaji semula perbelanjaan yang mewah (cth. barangan elektrik, langganan majalah, rawatan kecantikan, hiburan dan sebagainya). Yang mana anda boleh kurangkan?
4.  MERANCANG
Sekarang, setelah memahami corak perbelanjaan anda, anda boleh merancang perbelanjaan yang berguna untuk keluarga anda. Ini caranya:
  • Nyatakan pendapatan bulanan anda.
  • Tambahkan jumlah perbelanjanan anda.
  • Peruntukkan jumlah yang tetap untuk kecemasan atau perbelanjaan bermusim seperti cukai jalan atau pembaharuan insurans.
Jika anda mempunyai lebihan wang selepas ini, itu adalah berita yang baik. Anda telah melangkah lebih dekat untuk mencapai matlamat anda. Jika tidak, anda perlu merujuk semula Langkah 3 dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.



Wednesday, 3 October 2012

Tasik-Tasik di Malaysia


Tasik Bera:sumber google

--Di negara kita terdapat dua jenis tasik iaitu;
  1. Tasik semulajadi
  2. Tasik Buatan Manusia
--Tasik semula jadi di Malaysia adalah Tasik Bera dan Tasik Chini
--Tasik Bera adalah Tasik Semula jadi terbesar di Malaysia iaitu keluasan kira-kira 24000hektar yang bercantum dengan dua batang sungai iaitu Sungai Bera dan Sungai Pahang.
--Tasik Bera dan Tasik Chini penting dalam membekalkan sumber ikan air tawar kepada penduduk dan sebagai kawasan pelancongan khususnya di negeri Pahang.

--Antara tasik buatan manusia seperti Tasik kenyir di Terengganu, Tasik Temenggor dan Tasik Chenderoh di Perak, Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa di Selangor.
--Kepentingan tasik;

--Sumber periknan air tawar-Tasik Chenderoh,Tasik Temengggor
--Menjana kuasa hidroelektrik-Tasik Kenyir dan Tasik Temenggor
--Kawasan pelancongan dan taman rekreasi-Taik Titiwangsa dan Tasik Perdana

Saturday, 22 September 2012

Seksaan Orang yang meninggalkan Sembahyang/Solat

"Solat adalah tiang agama, barangsiapa yang menunaikannya maka sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya"

Terdapat 15 seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

6 seksaan di dunia
  1. Allah mengurangkan berkat umurnya
  2. Allah tidak memurahkan rezeki orang yang meninggalkan solat.
  3. Tiada cahaya dan tanda orang-orang yang soleh di wajahnya.
  4. Amalkan kebajikannya tidak diterima oleh Allah, amal baik hanya sia-sia sahaja
  5. Dibenci oleh semua makhluk dan tidak termasuk dalam golongan orang Islam
  6. Doanya tidak dimakmulkan oleh Allah SWT
3 seksaan semasa Sakaratul Maut(kematian)
  1. Mati dalam keadaan hina
  2. Mati dalam keadaan terlalu lapar
  3. Mati dalam keadaan sangat dahaga
3 seksaan di dalam kubur
  1. Kuburnya disempitkan dan mayatnya dihimpit
  2. Allah mengelapkan kuburnya
  3. Seksaan yang amat pedih sehingga hari pembalasan
3 seksaan di hari pembalasan
  1. Di hari kiamat,mereka dibelenggu oleh para malaikat
  2. Allah memandang mereka dengan kemurkaan
  3. Golongan ini akan dimasukkan ke dalam neraka yang azabnya sangat pedih
Solat serta azab yang menanti orang yang meninggalkan solat
  1. Subuh-sekali meninggalkannya akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30tahun akhirat(bersamaan 60000 tahun kiraan dunia)sangat lama.
  2. Zohor-sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 orang umat Islam.
  3. Asar-Sekali meninggalkannya sama sepeti dosa meruntuhkan Masjidil Haram Makkah.
  4. Maghrib-Sekali meninggalkannya sama seperti dosa berzina dengan ibu sendiri
  5. Isyak-sekali meninggalkannya tiada redha Allah, mereka tinggal dibumi yang berbmbungkan langit dan makan minum dari nikmatNya.

Thursday, 20 September 2012

Latar-Novel Sukar Membawa Tuah

Latar Tempat
·         Kampung Batai iaitu tempat tinggal keluarga Adit dan kaum Asli keturunan Jahut.
·         Kawasan hutan di kaki Gunung Lokan iaitu tempat Pak Katan mencari hasil hutan
·         Sungai-tempat Adit menenangkan fikiran dan perasaannya.
·         Rumah Tuk Batin Ahboi-tempat semua penduduk kampong berkumpul untuk mencari Adit.
·         Gaung-tempat Adit ditimpa musibah dan diselamatkan oleh orang kampong.
·         Hospital-tempat Adit menerima rawatan selepas kemalangan.

Latar Masa
·         Pada masa sekarang
·         Peristiwa berlaku sekitar enam tahun, iaitu ketika Adit masuk ke alam persekolahan hingga memperoleh keputusan UPSR.

Latar Masyarakat
·         Masyarakat kampong yang saling membantu-membantu mencari Adit yang masih belum pulang dari sekolah.
·         Masyarakat yang berpegang teguh kepada kepercayaan kaumnya-Masyarakat Asli keturunan Jahut percaya jika berlaku sesuatu musibah bermakna roh jahat sedang mengamuk.
·         Masyarakat yang cinta akan ilmu-Adit ingin ke sekolah walaupun ibu bapanya menghalang hasratnya itu.
·         Masyarakat yang cekal dan tabah mengahadapi dugaan-Adit tetap tabah meskipun menghadapi dugaan dalam hidupnya demi memperoleh ilmu pengetahuan.
·         Masyarakat yang patuh kepada pemimpin-Penduduk kampong berkumpul di rumah Tuk Batin dan mematuhi arahannya agar mencari Adit.




Thursday, 13 September 2012

Sudut Uji Diri 2-Kata Ganti Nama Diri

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

  1. "Janganlah___________bersedih atas kekalahan kita pada hari ini",pujuk pasukan bola sepak itu kepada para pemain.
  2. "Semoga___________lulus dengan cemerlang pada peperiksaan nanti",kata Ahmad kepada Afifi.
  3. "____________akan mengiringi tuanku ke negeri Johor",kata bendahara kepada Sultan Alauddin Shah.
  4. Timbalan Perdana Menteri akan melawat ke tempat tinggal kami esok.___________akan merasmikan sekolah baharu ini.
  5. "Dengarlah nasihat ibu bapa___________",kata nenek kepada Muhaimin.
  6. "Tugas yang diberikan akan__________laksanakan dengan jujur,amanah,dan bertanggungjawab",ikrar semua pengawas.
  7. Sultan dan putera______________ sedangbersantap.
  8. Bunyamin dan rakan-rakan_______________bermain badminton di sekolah pada setiap petang.
  9. Atika dan farhana mengikut keluarga_____________berkelah di tepi pantai pada hari minggu yang lalu.
  10. Sungguhpun pemuda itu cacat,tetapi____________suka berdikari dan enggan meminta-minta.

SUDUT UJI DIRI 1-Kata Ganda

Lengkapkan tempat-tempat kosong yang berikut dengan kata ganda yang sesuai

1.      Rupanya________________wajah model iklan syampu yang pernah disiarkan melalui televisyen.
2.      Majlis persandingan Anissa diadakan secara besar-besaran dan______________.
3.      Saya suka membeli sayur di pasar tani kerana______________ belaka.
4.      Mulutnya______________seperti sedang membaca sesuatu.
5.      ________________menyerupai kura-kura.
6.      Pisang goring ini sangat sedap dimakan semasa________________.
7.      Rumah kami_________________setelas terputus bekalan elektrik senja tadi.
8.      _______________pokok itu gugur kerana ditiup angin.
9.      Jalan ke rumah Zila yang______________itu menyebabkan kami tersesat.
10.  Garisan yang dilukisnya______________kerana tidak menggunakan pembaris.

Tuesday, 11 September 2012

Bab 16 Perkembangan Sistem Perhubungan di Malaysia



MEASAT :sumber measat.com
 


1.      Pada 13 Januari 1996, Malaysia telah melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT).
2.      MEASAT telahmenjadikan Malaysia sebagai pusat Perhubungan serantau dan antarabangsa di Asia Tenggara.
3.      Terdapat lima stesen satelit bumi di Malaysia;
Ø  Melaka
Ø  Kuantan
Ø  Pulau Langkawi
Ø  Labuan,Sabah
Ø  Sematan, Sarawak
4.      Faedah-faedah system satelit;
Ø  Memodenkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan perhubungan dan penyiaran di Malaysia
Ø  Siaran radio dan TV dapat disiarkan secara langsung.
Ø  Meramal cuaca dan iklim seperti kejadian rebut dan taufan.
5.      Perhubungan menggunakan telefon;
Ø  Telefon satelit dan telefon tanpa wayar-selular
Ø  Perkhidmatan Mesej ringkas(SMS), Mel Suara, dan internet(WAP)
Ø  Perkhidmatan telefon 3G
6.      Perhubungan melalui komputer;
Ø  Menerima, memproses,menyimpan dan  mengeluarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,grafik dan video.
Ø  Dengan adanya teknologi satelit, sistem internet dapat digunakan.
Ø  Pembekal khidmat internet di Malaysia ialah TMNet,MaxiNet, dan JARING.
7.      Dasar Telekomunikasi Negara(DTN) telah meningkatkan system perhubungan Negara.
8.      Penggunaan ICT telah mewujudkan penubuhan Koridor Raya Multimedia(MSC)

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC)

·         Koridor Raya Multimedia merangkumi kawasan seluas 750km persegi yang melebar ke selatan Kuala Lumpur bermula dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur(PBKL) ke utara hinggalah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) di selatan.
·         Ia disempadani oleh Lebuh raya PLUS di sebelah timur dan Lebuh raya Persisiran Pantai di sebelah barat.
·         Di antara PBKL dan LTAB terdiri dua identity mega di tengah-tengahnya iaitu Putrajaya dan Bandar Teknologi Maklumat(IT City).
·         Antara kewujudan bangunan mega itu, wujudlah industry multimedia dan syarikat utama yang menerajui perkembangan infrastruktur dan teknologi maklumat.
·         MSC juga dilengkapi dengan rangkaian optic gentian digital, 2.5 hingga 10 gigabit yang akan menghubungkan secara langsung dan interaktif dengan Negara Asean,Jepun,Amerika Syarikat, Eropah dan Negara membangun yang lain.

PERBANDINGAN KEPENTINGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI NEGARA MALAYSIA DAN KANADA

Ciri perbandingan
Malaysia
Kanada
Menara
Menara Kuala Lumpur
-Sistem Radio dan TV
-Sistem telekomunikasi
-Daya Tarikan pelancong
Menara CN
-Sistem Radio dan TV
-Sistem telekomunikasi
-Daya Tarikan pelancong
Konsep MSC
Koridor raya Multimedia(MSC)
-Fungsi yang sama dengan Niagara International Teleport(NIT) di Kanada
Niagara International Teleport(NIT)
-merangkumi Bandar Erie di Kanada hingga ke Bandar Buffalo di Amerika Syarikat
-Fungsi sama dengan MSC
sistem pendidikan
Sekolah bestari
Projek Grass Roots Twin School


Menara Kuala Lumpur-421meter:sumber wikipedia.org

Menara Canadian's National(CN)-553.3m:wikipedia.org

Menara Burj Khalifa-828m:wikipedia.org


KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI NEGARA MALAYSIA

o   Di bawah projek MSC beberapa aplikasi khusus akan dimajukan dan dijangka siap pada tahun 2000.Terdapat lapan aplikasi adalah seperti berikut;
·         Kerajaan elektronik
·         Teleperubatan
·         Pusat pembuatan sedunia
·         Pusat pemasaran tanpa batasan
·         Pusat Kewangan bercirikan multimedia
·         Kad pintar serbaguna
o   Tiga akta untuk keselamatan Negara dari segi penggunaan ICT ialah:
ü  Akta Jenayah Digital 1997
ü  Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
ü  Akta Hak cipta Pindaan 1997

Sunday, 9 September 2012

Manual Kehidupan

Al-Quran kitab panduan umat Islam


Kehidupan kita sebagai seorang muslim perlu berlandaskan syariah. Muslim yang sejati sentiasa mematuhi tatacara idup yang digariskan oleh Allah serta tunduk dan patuh kepada perintah ilahi. Mereka beramal seolah-olah melihat Allah di depan mata persis seorang pekerja yang berhati-hati meneladani tugas apabila ketua berada di sepan mata.
      Renungilah. Sesunguhnya jalan kehidupan seseorang Muslim sangat terancang dan bersistematik. Bermula dari benih dalam rahim ibu sehingga mata pekan meninggalkan dunia yang fana.
       Kita membesar disebalik syariah yang sungguh unik dan agung. Sungguh lengkap dan tidak mungkin berlaku cacat cela dan kepincangan. Kita dibekalkan sebuah kitab panduan sebagai manual untuk menelusuri sebuah kehidupan yang penuh berliku dan ranjau yang tidak diduga.
       Sebagai contoh barangan elektrik yang kita beli mempunyai manual khusus agar pengguna dapat menggunkan alat tersebut dengan baik dan betul. Jika arahan manual diabaikan, pasti barang yang dibeli akan rosak dan tidak berfungsi.
       Begitulah kita sebagai insan memerlukan panduan agar hidup menjadi terarah. Namun insan sering tidak menghayati manual kehidupan yang Allah bekalkan kepaa kita. Malah ada yang memilih jalan kehidupan berdasarkan nafsu dan keinginan mereka. Mengapa kita sukar mengikut ajaran Allah sedangkan kita hamba ciptaan-Nya?
      Lihat dengan mata hatimu wahai insan.Panduan hidup ini adalah tanda kasih Allah agar kita menjadi insan yang berkualiti. Bukan konkongan dan sekatan kerana Allah benar-benar tahu mana yang baik dan buruk untuk hamba ciptaan-Nya.Kita sering tergelincir dengan hikmah undang-undang yang Allah tetapkan kerana berfikir sekadar menurut logik akal yang sempit.
     Hakikatnya, akal kita yang cetek tidak akan terjangkau hikmah agung disebalik segala yang tersurat. Betapa beruntungnya kita kerana Allah menitipkan janji manis dalam kalam-Nya sehingga hati kita tersentuh apabila membacanya. Betapa bertuahnya kita apabila berduka, Allah melunakkan jiwa kita dengan bahasa-Nya yang indah. Dekatlah kepada Allah nescaya kita merasai kemanisannya.

Sumber penulisan oleh Noorjehan Baharudin

Beruang Madu-Spesis Beruang Terkecil di Dunia


beruang Madu: sumber google

Beruang madu adalah spesis beruang terkecil daripada lapan spesis beruang yang lain di dunia. "Sun Bear" atau "Malayan Sun Bear" atau "Sun Bear"  adalah nama dalam Bahasa Inggeris. Dalam bahasa Latin dikenali dengan nama "Helarctos Malayanus. Ia di panggil beruang madu kerana makanan popularnya adalah madu. Ia selalu mencari sarang lebah dan anak lebah dan madu sebagai makanannya.
     
Tabuaran/Lokasi
       Beruang ini banyak terdapat di benua Asia. Di Malaysia dan Indonesia, beruang ini menjadikan hutan negara tersebut sebagai tempat habitatnya. Secara khusus, beruang Madu ini banyak terdapat di Bengkulu, Indonesia dan di Kota Balikpapan yang juga menjadikan beruang Madu ini sebagai maskot kota rayanya.

Ciri-ciri beruang Madu
  1. Saiz tubuh badan yang tidak panjang iaitu antara 1 hingga 4 meter dan tinggi punggungnya 70cm.
  2. Berat badan beruang Madu adalah 50-65kg
  3. Beruang Madu berwarna hitam dan bulu di dadanya berwarna keputih-putihan atau kuning yang berbentuk "V".
  4. Muncung di mukanya berwarna lebih cerah dari warna dadanya.
  5. Mempunyai kuku yang panjang di kaki dan tangannya membolehkan beruang Madu memanjat pokok dan dahan-dahan dengan cepat dan mudah.
  6. Secara purata, umur beruang Madu boleh mencapai 28 tahun namun usia sebenar spesis beruang kecil tidak diketahui.
  7. Haiwan pemakan madu ini mempunyai tabiat seks sepanjang tahun, bunting selama 96 hari dan tempoh menyusukan anak selama 18bulan. Tempo 3-4 tahun merupakan masa kematangan seksual haiwan ini.
Habitat dan Makanan Beruang Madu
  • Hutan-hutan dataran rendah, hutan berbukit dan bergunung sehingga ketinggian 1500 meter mejadi habitat spesis ini.
  • Secara umumnya, haiwan ini mendiamo hutan-hutan di Bangladesh,Myanmar, Thailand, Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, Vietnam. Di Indonesia, pulau Sumatera dan Kalimantan menjadi habitat haiwan ini.
  • Dari segi diet, beruang Madu sangat gemar kepada sarang lebah. Anak lebah dan Madu menjadi diet kesukaan spesis ini.
  • Namun, spesis ini juga menjadikan ayam hutan, burung, binatang-binatang kecil, buah-buahan, daun-daun sebagai makananya.
  • Beruang Madu bukanlah haiwan karnivor (makan daging) semata-mata tetapi ia juga adalah spesis pemakan tumbuh-tumbuhan(omnivor).
  • Secara umumnya, spesis ini juga berbahaya kepada manusia. Namun, kita perlu melindungi spesis ini daripada ancaman kepupusan.

Saturday, 8 September 2012

Siapakah Wanita Pertama Masuk Ke Syurga???

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

"! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya
saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali
jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
pintu."

Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ".
" Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.
Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam.
" Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"
'Ya dengan Hasan dan Husain "
"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?! ! !
Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami,
" jawab Mutiah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
" Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan.
Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! !
"Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah.
"Bukan. Bercucuk tanam".
"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah.
"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah.
"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar! ! ! dan tulus.

Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti'ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti'ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

Thursday, 6 September 2012

Plot Cerita-Novel Sukar Membawa Tuah

Permulaan
-Adit sudah bersedia mengikut bapanya, Pak Katan mencari rotan, gaharu, damar di hutan. Sebelum itu, Adit melihat belat yang dipasang di sungai. Adit yang berusia 11 tahun tidak pernah bersekolah. Dia dilatih oleh ayahnya untuk memungut rotan, damar, dan gaharu sebagai pekerjaan keluarga dan kaumnya.

Perkembangan
-Adit mahu bersekolah. Pada mulanya ayah Adit menentang hasrat Adit untuk bersekolah. Namun, setelah melihat kesungguhan Adit mahu bersekolah, Pak Katan akur akan kemahuan anaknya. Pak Katan menguruskan pendaftaran sekolah Adit.

Perumitan
-Adit tidak dapat tinggal di asrama kerana asrama sudah penuh. Adit terpaksa menumpang jip Ah Tong dan lori balak untuk pergi dan balik dari sekolah. Adit masih tidak pulang ke rumah meskipun hari hamper senja. Mak Tawi dan Pak Katana mat risau dan cemas. Pak Katan ke rumah Tuk Batin Ah boi untuk melaporkan perkara itu.

Puncak
-Adit dijumpai di dalam gaung. Kepalanya berlumuran darah. Adit dihantar ke hospital dan dimasukkan ke ICU (unit rawatan rapi). Adit dirawat di hospital selama dua bulan. Walaupun kakinya tempang akibat kemalangan itu, namun semangatnya untuk bersekolah tidak pernah pudar. Dengan bantuan JHEOA, Adit dapat tinggal di asrama. Adit terus gigih berusaha demi masa depannya.

Peleraian
-Adit mendapat 3A dalam UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Walau bagaimanapun, Adit menolak tawaran tersebut setelah memikirkan ibu bapanya. Kejayaan Adit telah membuka mata dan pemikiran kaumnya. Banyak anak suku kaum asli yang mengikut jejak Adit.

Tuesday, 4 September 2012

Watak dan Perwatakan-Novel Sukar Membawa Tuah

Adit
Ø  Berumur 11 tahun
Ø  Anak lelaki kepada Pak Katan dan Mak Tawi.
Ø  Amat suka makan ikan sardin dan celur pucuk paku
Ø  Seorang anak yang rajin-Dia selalu mengikut ayahnya ke hutan untuk mencari rotan, damar dan gaharu.
Ø  Seorang yang tabah menghadapi cabaran-Dia tabah menghadapi cabaran meskipun terpaksa menempuh perjalanan selama empat jam untuk pergi dan balik dari sekolah.
Ø  Adit seorang yang menghormati orang lain-Dia menghormati Pak Atan, pemandu lori balak yang membawanya pulang dari sekolah.
Ø  Pintar-Dia mendapat nombor satu dalam peperiksaan dan memperoleh 3A dalam UPSR.

Pak Katan
·         Ayah kepada Adit dan suami kepada Mak Tawi
·         Pak Katan mempunyai tujuh orang anak.
·         Bekerja sebagai pemungut rotan, damar dan gaharu
·         Bekerja sebagai pembantu  pembalak
·         Rela berkorban-Pak Katan rela berkorban demi masa depan anaknya, Adit.
·         Bertanggungjawab-Pak Katan mendaftarkan persekolahan Adit di Pekan.

Mak Tawi
v  Ibu kepada Adit dan Isteri kepada Pak Katan
v  Penyayang-Dia berasa cemas apabila anaknya lewat pulang daripada biasa.
v  Bertanggungjawab-Dia menyediakan bekalan untuk dibawa oleh suami dan anaknya.
v  Prihatin-Dia amat prihatin akan makanan kegemaran anaknya, Adit iaitu gulai sardin dan pucuk paku.

Tuk Batin Ahboi
v  Berumur 75tahun dan telah 20 tahun menjadi ketua di Kampung Bakai
v  Sangat dihormati-Tuk Batin sangat dihormati oleh penduduk Kampung Bakai.
v  Bertanggungjawab-Tuk Batin bertanggugjawab membantu anak buahnya yang ditimpa musibah.

Ah Tong
v  Berperut buncit
v  Bekerja sebagai penyelia pekerja balak
v  Baik hati-Dia sanggup menumpangkan Adit bagi membolehkan Adit bersekolah.
v  Suka membantu-Dia membantu Pak Katan menyelesaikan masalah anaknya yang ingin bersekolah

Akeh
o   Seorang kawan kepada Adit
o   Bersekolah di pekan dan tinggal di asrama
o   Seorang pengawas disekolahnya
o   Pintar-Dia merupakan anak murid yang pintar di sekolahnya
o   Bertanggungjawab-Seorang yang bertanggungjawab memberikan kesedaran kepada Adit
o   Baik Hati-Dia rela berkongsi tempat di asrama dengan Adit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...