Pengimbuhan
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan | Varian | Contoh perkataan | contoh penggunaan |
ke- | ke | kerabat, ketladak, kekasih | Kerabat diraja itu makan di warung sahaja. |
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak | |||
peN- | pe- | pewangi, peragut, pesalah | Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan. |
pem- | pemfatwa, pemproses, pemberontak | Mesin pemproses sawit itu mahal harganya. | |
pen- | pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat | Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari | |
peng- | pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh | Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari. | |
penge- | pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom | Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri | |
pel- | pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon | Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang. | |
peR- | per | pertapa | Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya. |
juru- | juru- | jurutaip, jururunding, jurubahasa | Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan. |
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar) | dwi- | dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran | Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris. |
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-) | eka- | ekabahasa, ekakaum, ekafungsi | Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara |
pasca-(dirujuk kepada `selepas') | pasca- | pascasiswazah | Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran. |
pra-(menunjukkan makna `sebelum') | pra- | prasejarah, prakemerdekaan | Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah. |
swa-menunjukkan maksud `sendiri') | swa- | swalayan, swamodal, swakarya | Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu. |
Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran | contoh perkataan |
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk) | seniman, budiman |
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) | olahragawan, usahawan |
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya) | pragawati, olahragawati |
-an | pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan |
Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan | contoh perkataan |
ke....an | kezaliman, kesenangan |
pe...an | peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan |
peN...an | penyusunan, pengurangan |
Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan | contoh perkataan |
-el- | telunjuk, kelengkeng, kelabut |
-er- | keruping, seruling, serabut |
-em- | kemuning, kemuncup, kemelut |
No comments:
Post a Comment