Simpulan Bahasa
Pengenalan
-Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang kaya dengan peribahasa.
-Peribahasa Melayu yang mudah dan ringkas dikenali sebagai simpulan bahasa.
-Simpulan bahasa diertikan sebagai ungkapan yang terdiri daripada dua rangkai kata atau lebih yang memberi erti/makna yang berlainan daripada perkataan yang membentuknya.sebagai contoh, saya ingin berkongsi dengan anda tentang simpulan bahasa akal kancil.Simpulan bahasa ini membawa makna penuh dengan tipu muslihat.Ayat contoh:Jurujual di kaki lima itu mempunyai akal kancil untuk mempengaruhi orang ramai. rangkai kata ini telah memberi makna tertentu tetapi jika diteliti perkataan akal bermakna daya fikir manakala kancil ialah sejenis binatang liar yang tinggal di hutan.
-susunan perkataan dalam peribahasa tidak boleh ditukar atau diubah sewenang-wenangnya.
-Contoh simpulan bahasa :panjang tangan tidak boleh diubah menjadi tangan panjang kerana tangan panjang tidak dipanggil lagi sebagai simpulan bahasa. Rangkai kata tersebut telah menjadi rangkai kata biasa.
-Beberapa contoh simpulan bahasa:
a)ajak-ajak ayam-mempelawa seseorang dengan tidak bersungguh-sungguh.
b)anak angkat-anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri.
c)buta huruf- tidak pandai membaca.
d)cari akal-berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
e)dalam tangan-pasti diperoleh, dalam genggaman.
f)gaji buta-gaji yang diterima dengan kerja yang tidak bersungguh-sungguh.
g)lidah bercabang-percakapan yang berubah-berubah.
h)makan suap-menerima rasuah.
i)serkap jarang-membuat tuduhan tanpa usul periksa.
j)otak cair-cerdik.
No comments:
Post a Comment