Khalifah adalah merupakan ketua negara yang wajib menjalankan tugas untuk memelihara kedudukan agama Islam
serta mentadbir negara mengikut al-Quran dan hadis
Khalifah juga berkewajipan untuk menitikberatkan sistem politik,sosial,
dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antarakeperluan rohani dengan jasmani.
Khalifah juga bertanggungjawab memastikan pentadbiran
negara berjalan dengan sempurna dan dapat mempertahankan negaradaripada
musuh.
Kebajikan rakyat juga harus dititikberatkan oleh khalifah
agar kebajikan rakyat terjaga dan dapat hidup dengan sejahtera didunia dan
akhirat.
Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaranAllah SWT.
Khalifah juga harus mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah
atau syura dan memantapkan perundanganIslam.
Hal-hal yang berkaitan ekonomi seperti kewangan, perbendaharaannegara,
baitulmal dan pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.
Kharaj adalah cukai yang dikenakan keatas orang bukan Islam manakala
jizyah pula ialah cukai yang dikenakan terhadapindividu bukan Islam yang
berselindung di negara Islam. Zakat pula ialah pengeluaran sebahagian
harta dan tanaman oleh orangIslam dan adalah wajib untuk semua umat Islam
yang berkelayakan.
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a Khalifah pertama selepas Para Nabi.
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a Khalifah pertama selepas Para Nabi.
·
Abu
Bakar telah mentadbir negara Islam yang berpusat di Madinah mengikut
undang-undang dan syariat yang dilaksanakan oleh NabiMuhammad SAW.Khalifah
Abu Bakar telah berjaya mengalahkan gerakan al-Riddahiaitu satu gerakan yang
mengingkari ajaran Islam.
·
Di
sebelah luar pula, kerajaan Islam Madinah menghadapiancaman orang-orang Rom dan
Parsi.
·
Beberapa
langkah juga telah diambil untuk menghadapi ancaman tentera Rom dan Parsi.
- ·Khalifah Abu Bakar sendiri telah berjaya mengumpulkan ayat-ayatal-Quran yang kemudiannya dimansafkan pada zaman pentadbirankhalifah Uthman bin Affan.
- ·Bagi melincinkan pentadbirannya khalifah Abu Bakar telah membahagikan pentadbiran kerajaan kepada sepuluh wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid,Hadhramaut, dan Nijran.
- Beliau juga telah memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali.
Abu Bakar al-Siddiq telah digelar sebagai “Penyelamat umatIslam” kerana
jasa-jasanya menyatupadukan umat Islam yang telah berpecah-belah selepas
kewafatan Nabi Muhammad SAW dengan menghapuskan gerakan al-Riddah. Sebelum Abu
Bakar mangkat beliau telah menamakan atau mencadangkan agar Umar bin
al-Khattab dilantik menjadi penggantinya.
No comments:
Post a Comment