Wednesday, 2 October 2013

Mengerjakan korban mengikut sunah


gambar hiasan

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunah Nabi s.a.w.

Firman Allah s.w.t: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang- orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2)

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.a, “Maksud ‘amalan yang lebih baik’ ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar, nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunah.”

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. ialah contoh teladan terbaik kepada seluruh umat Islam. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab: 21)

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunah Baginda seperti berikut:

* Waktu perlaksanaan ibadah korban.
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat Hari Raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1961)

Sabda Rasulullah lagi, “Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan”. (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya no: 16151).

* Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Hendaklah dipastikan haiwan yang hendak dikorbankan itu adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah: Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus). (riwayat Abu Daud dalam Sunannya no: 2420).

* Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak dari 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah tersebut.

Sabda Rasulullah: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

* Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1318).

Adapun bagi kambing hanya diperbolehkan untuk satu penama sahaja.

* Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah. Lalu Abu Ayyub menjawab: “Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya no: 1425).

* Ibadah korban dilaksanakan di musolla.


Disunatkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibnu Umar r.a, Rasulullah bersabda: Sudah menjadi kebiasaan Baginda menyembelih dan berkorban di musolla. (riwayat Bukhari di dalam Sahihnya no: 5552).

* Sunat menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan Baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

* Menyembelih haiwan korban mengikut sunah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan untuk berbuat baik dalam segala hal. Ketika kalian membunuh, maka berbuat baiklah dalam membunuh tersebut, dan ketika kamu menyembelih berbuat baiklah dalam penyembelihan, dan hendaknya salah seorang di antara kalian menajamkan pisaunya dan memudahkan untuk haiwan sembelihannya. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1955)

Sebelum menyembelih, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca bismillahi wallahu akbar.

* Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunat bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1971).

* Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.

Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberi menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata, Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1317).

* Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah korban dan akikah.

Ada segelintir umat Islam yang menggabungkan ibadah korban dan akikah dengan menggunakan formula dua dalam satu.

Hal ini sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sabit daripada Rasulullah. Syaikh Abu Muhammad ‘Ishom bin Mar’i dalam kitabnya Ahkamul Aqiqah berkata: “Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak sah menggabungkan niat akikah dengan korban. Sebab akikah dan korban adalah ibadah yang berbeza jika ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan niat dua amalan sekali gus. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah dan Allah tidak pernah lupa.”



  Sumber:

Oleh Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus
Utusan Malaysia
7 Zulhijjah 1428H
17 Disember 207

dipetik daripada halaqah.net

Sunday, 29 September 2013

Siapakah Khalifah??


 
pemimpin-pemimpin negara Islam-gambar hiasan



Khalifah adalah merupakan ketua negara yang wajib menjalankan   tugas untuk memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut al-Quran dan hadis


Khalifah juga berkewajipan untuk menitikberatkan sistem politik,sosial, dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antarakeperluan rohani dengan jasmani. 

Khalifah juga bertanggungjawab memastikan pentadbiran negara berjalan dengan sempurna dan dapat mempertahankan negaradaripada musuh.

Kebajikan rakyat juga harus dititikberatkan oleh khalifah agar kebajikan rakyat terjaga dan dapat hidup dengan sejahtera didunia dan akhirat.

Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaranAllah SWT.

 Khalifah juga harus mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura dan memantapkan perundanganIslam.

Hal-hal yang berkaitan ekonomi seperti kewangan, perbendaharaannegara, baitulmal dan pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.

Kharaj adalah cukai yang dikenakan keatas orang bukan Islam manakala jizyah pula ialah cukai yang dikenakan terhadapindividu bukan Islam yang berselindung di negara Islam. Zakat pula ialah pengeluaran sebahagian harta dan tanaman oleh orangIslam dan adalah wajib untuk semua umat Islam yang berkelayakan.


Saidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a Khalifah pertama selepas Para Nabi.


·         Abu Bakar telah mentadbir negara Islam yang berpusat di Madinah mengikut undang-undang dan syariat yang dilaksanakan oleh NabiMuhammad SAW.Khalifah Abu Bakar telah berjaya mengalahkan gerakan al-Riddahiaitu satu gerakan yang mengingkari ajaran Islam.
·        Di sebelah luar pula, kerajaan Islam Madinah menghadapiancaman orang-orang Rom dan   Parsi.
·       
   Beberapa langkah juga telah diambil untuk menghadapi ancaman tentera Rom dan Parsi.
  • ·Khalifah Abu Bakar sendiri telah berjaya mengumpulkan ayat-ayatal-Quran yang kemudiannya dimansafkan pada zaman pentadbirankhalifah Uthman bin Affan.
  • ·Bagi melincinkan pentadbirannya khalifah Abu Bakar telah membahagikan pentadbiran     kerajaan kepada sepuluh wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid,Hadhramaut, dan Nijran.
  • Beliau juga telah memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali.
 
Abu Bakar al-Siddiq telah digelar sebagai “Penyelamat umatIslam” kerana jasa-jasanya menyatupadukan umat Islam yang telah berpecah-belah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dengan menghapuskan gerakan al-Riddah. Sebelum Abu Bakar mangkat beliau telah menamakan atau mencadangkan agar Umar bin al-Khattab dilantik menjadi penggantinya.


Tuesday, 13 August 2013

Tips Penjagaan Buah Pinggang Anda


  1.  Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari me...makan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana. 
  2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
  3.  Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
  4. Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
  5. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..
 
sumber:Slimming Juice

Tuesday, 25 June 2013

Persiapan sebelum Ramadhan


 
gambar hiasan

 Ada beberapa tips untuk kita lakukan sebelum menghadapi bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi.Tips yang saya ingin kongsi ini dipetik daripada majalah Solusi bil 10/2009 antaranya ialah;

  • Lakukan warm-up dengan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis
  • Mulakan membaca al-quran setiap hari dan tambahkan jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelum ini.
  • Luangkan masa mendengar bacaan al-quran.
  • Latih diri untuk tidur awal, seolah-olah anda sedang berada dalam bulan Ramadhan.Bukan itu sahaja ikhtiarkan bangun awal seolah-olah anda perlu bersahur. Kemudian hiasilah tabiat bangun awal dengan solat sunat dan bacaan al-quran.
  • Sentiasalah dalam keadaan berwudhuk.
  • Berilah peluang kepada diri anda bersendirian supaya anda dapat meluangkan masa mengingati Allah dengan berzikir.
  • Mulakan amalan sedekah,sedikit demi sedikit.
  • Luangkan masa solat sunat seperti solat sunat Rawatib,Dhuha,Qiamulail.
  • Bantulah orang lain dengan ilmu,kudrat dan kebolehan yang kita ada.
  • Dekati orang-orang yang berilmu, orang-orang soleh supaya kita dapat belajar lebih daripada mereka.
  • Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja di sekitar anda dan berbincanglah tentang Ramadhan yang bakal tiba,harapan, persiapan dan sebagainya.

5 contoh kesalahan bahasa


SALAH
BETUL
Alasan/sebab
Lampu-lampu merah bergantungan
Lampu merah bergantungan
Perkataan bergantungan telah menunjukkan banyak/jamak.Oleh itu, perkataan kata ganda lampu-lampu salah satunya  perlu digugurkan
Anak adalah anugerah Tuhan
Anak ialah anugerah Tuhan
Kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama/frasa nama.
Ibu bapa-ibu bapa
Para ibu bapa
Perkataan Ibu bapa menggambarkan seorang ibu atau seoarang bapa,dalam ayat ini perlu ditambah perkataan para untuk menunjukkan ramainya ibu bapa.
check- in
“check-in”
Perkataan dalam bahasa Inggeris mesti ada tanda pengikat kata bersamanya.
Jemputan mengambil tempat duduk
Jemputan mengambil tempat
Perkataan duduk perlu digugurkan kerana perkataan tempat sudah menunjukkan jemputan telah ada tempat sama ada duduk atau berdiri.
               
               
               
                               
                               
                               

Siapakah Ibnu Battuta?

Siapakah Ibnu Battuta?Namanya terpahat di dalam bidang pengembaran atau pelayaran dan seorang yang sangat dikenali di merata dunia.

Muhammad bin Abdullah bin Muhammad Al-Lawati Al-Tanji ialah nama sebenar beliau.Dilahirkan pada 24 Februari 1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah di Bandar Tanjah,Moroco(Maghribi). Gelaran yang lebih dikenali kepada beliau ialah Ibnu Battuta atau As Sham Ad-Din.

Selain terkenal sebagai seorang pengembara, beliau turut terkenal dalam bidan penulisan buku Tuhfat al-Nazhar yang mengisahkan pengembaraanya ke benua Asia dan Afrika.

Ibnu Battuta memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun. Bermula pada hari Khamis 14 Jun 1325, beliau meninggalkan Tanjah Moroco untuk menjelajah dua benua iaitu Afrika dan Asia. Beliau menggembara selama 38 tahun (suatu tempoh masa yang sangat lama) dengan jarak perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dalam benua Afrika dan Asia.

Beliau balik semula ke tanah airnya semasa pemerintahan Sultan Abu Inan.Pengalaman penggembarannya itu ditulis semula oleh Ibn Juza melalui bukunya yang diberi judul Tuhfat al- Anzhar fi Ghoraib al-Absar wa Ajaib al-Asfa.

Dipetik daripada buku Ulama Membina Tamadun Manusia,sususnan Wahba,Hafiz Hamzah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...