Wednesday, 8 July 2015

Plan Prepaid Terkini Onexox-SUPER JIMAT

MUNGKIN RAMAI YANG TIDAK TAHU???


Onexox ialah syarikat telco baru seperti syarikat-syarikat telco yg ada sekrg spt.redone,umobile,tune talk,altel dan lain2 lg..milik sepenuhnye 100% bumiputera..penyedia perkhidmatan rangkaian iaitu plan prabayar terkini yg sangat jimat dan murah,sesuai dgn keadaan ekonomi negara sekarang.

















APA KELEBIHAN SIMKAD INI???

HARGA MURAH RM10....ADE KREDIT TERSEDIA RM5

GUNA RANGKAIAN CELCOM

DAPAT 1800SMS PERCUMA KE SAMA RANGKAIAN

CALL 6 SEN KE SEMUA RANGKAIAN....DAN 2 SEN SMS...AKTIF 10 FAMILY&FRIENDS

INTERNET BERKELAJUAN TINGGI SEHINGGA 7MBPS..WOWW

RM 29.99 UTK 1.5 GB SEBULAN























TEMPOH SAH KREDIT YANG LEBIH LAMA SEHINGGA 2 TAHUN 4 BULAN




















DENGAN SIMKAD INI,ANDA TIDAK PERLU BAYAR GST....SELEPAS TOP UP,GST MASUK SEMULA KE DALAM AKAUN..ANDA DH JIMAT























BOLEH DAPAT KREDIT PERCUMA DENGAN USER GET USER(UGU)

-mudah je nak dpt kredit percuma setiap bulan,anda cuma ajak kwn2 anda pakai simkad ni..
6% komisen kwn2 anda top up,anda dapat...jdi anda tak perlu top up..jimatkn.

cth anda ade 10 orang rakan yg top up rm50 sebulan....6%x50...anda dapt rm3

rm3x10 org...anda akan dapat rm30 sebulan..jika anda ada 100 org rakan???

cth dibawah adalah user sy, 3bulan setiap dengan Onexox;
























JOM TUKAR SEKARANG....BOLEH KEKALKAN NO LAMA ANDA ATAU BOLEH GUNA NOMBOR BARU KAMI

BERMINAT WASAP SY

011 20600026-cg rizal

Saturday, 18 October 2014

Belalai air atau puting beliung kecil

  
 Belalai air atau puting beliung kecil


Fenomena 'belalai air' iaitu pusaran angin yang hanya berlaku di permukaan air melanda kawasan pesisiran utara Sarawak iaitu di Bandar Bintulu dan Bandaraya Miri, hari ini.

Fenomena yang pada mula menimbulkan keresahan penduduk di sekitar kawasan terbabit, sehinggakan ramai yang berkongsi gambar dalam media sosial seperti Facebook serta Twitter, namun ia berakhir dengan kelegaan apabila tiada kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Belalai air paling jelas dapat dilihat di Bintulu manakala di Miri hanya dapat dilihat di kawasan Niah dan mengikut saksi, fenomena belalai air di Bintulu berlaku antara 8.30 pagi dan 10 pagi.

Francis Ngu, 39, yang telah menetap di Bintulu lebih 20 tahun berkata, ketika kejadian cuaca amat gelap dan kebanyakan orang berkejar ke Kidurong untuk melihat sendiri fenomena berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh rakan serta melihat gambar dikongsi dalam media sosial dan saya terus memandu ke Kidurong untuk melihat sendiri fenomena tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Francis berkata, fenomena tersebut berlaku dalam tempoh tidak sampai 20 minit namun mengakui ia pengalaman menakutkan kerana bimbang ia akan berlanjutan ke darat dan membahayakan penduduk.

"Saya dah lama menetap di Bintulu dan ini pertama kali saya menyaksikan kejadian ini," katanya.

Mohd Zaidi Amri, 40, yang sedang dalam perjalanan pulang ke Miri dari Sibu turut menyaksikan fenomena tersebut dan menganggap ia pengalaman menakutkan.

"Saya selalu tengok cerita kat televisyen, kejadian ini tak sangka boleh berlaku kat sini," kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hata Gobel berkata, setakat petang ini, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan berkaitan fenomena berkenaan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi di Kuching ketika dihubungi berkata, belalai air atau puting beliung kecil biasanya berlaku di kawasan pesisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat dan tidak membawa bencana. - Bernama


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...