Sunday 9 September 2012

Manual Kehidupan

Al-Quran kitab panduan umat Islam


Kehidupan kita sebagai seorang muslim perlu berlandaskan syariah. Muslim yang sejati sentiasa mematuhi tatacara idup yang digariskan oleh Allah serta tunduk dan patuh kepada perintah ilahi. Mereka beramal seolah-olah melihat Allah di depan mata persis seorang pekerja yang berhati-hati meneladani tugas apabila ketua berada di sepan mata.
      Renungilah. Sesunguhnya jalan kehidupan seseorang Muslim sangat terancang dan bersistematik. Bermula dari benih dalam rahim ibu sehingga mata pekan meninggalkan dunia yang fana.
       Kita membesar disebalik syariah yang sungguh unik dan agung. Sungguh lengkap dan tidak mungkin berlaku cacat cela dan kepincangan. Kita dibekalkan sebuah kitab panduan sebagai manual untuk menelusuri sebuah kehidupan yang penuh berliku dan ranjau yang tidak diduga.
       Sebagai contoh barangan elektrik yang kita beli mempunyai manual khusus agar pengguna dapat menggunkan alat tersebut dengan baik dan betul. Jika arahan manual diabaikan, pasti barang yang dibeli akan rosak dan tidak berfungsi.
       Begitulah kita sebagai insan memerlukan panduan agar hidup menjadi terarah. Namun insan sering tidak menghayati manual kehidupan yang Allah bekalkan kepaa kita. Malah ada yang memilih jalan kehidupan berdasarkan nafsu dan keinginan mereka. Mengapa kita sukar mengikut ajaran Allah sedangkan kita hamba ciptaan-Nya?
      Lihat dengan mata hatimu wahai insan.Panduan hidup ini adalah tanda kasih Allah agar kita menjadi insan yang berkualiti. Bukan konkongan dan sekatan kerana Allah benar-benar tahu mana yang baik dan buruk untuk hamba ciptaan-Nya.Kita sering tergelincir dengan hikmah undang-undang yang Allah tetapkan kerana berfikir sekadar menurut logik akal yang sempit.
     Hakikatnya, akal kita yang cetek tidak akan terjangkau hikmah agung disebalik segala yang tersurat. Betapa beruntungnya kita kerana Allah menitipkan janji manis dalam kalam-Nya sehingga hati kita tersentuh apabila membacanya. Betapa bertuahnya kita apabila berduka, Allah melunakkan jiwa kita dengan bahasa-Nya yang indah. Dekatlah kepada Allah nescaya kita merasai kemanisannya.

Sumber penulisan oleh Noorjehan Baharudin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...