Sunday 2 September 2012

BAB 15-Perkembangan Sistem Pengangkutan di Malaysia

 -----------------------------------------------------------------------------------------------

1.      Pembangunan yang pesat berlaku dalam system pengangkutan dan perhubungan di Malaysia.
2.      Perkembangan ini meliputi pengangkutan darat, air dan udara.

Pengangkutan Darat
o   Pengangkutan darat di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu jalan raya dan jalan kereta api.

Jalan raya

o   Kawasan pantai barat  semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah dan Sarawak  adalah kawasan yang menjadi tumpuan jalan raya dan lebuh raya yang padat disebabkan faktor kepadatan penduduk yang tinggi.
o   Antara faedah perkembangan jalan raya;
-tahap ketersampaian penduduk semakin tinggi.
-meningkatkan ekonomi penduduk luar Bandar
-penerokaan sumber lebih mudah
-menghubungkan kawasan penanaman getah, kelapa sawit, bijih timah dan kawasan perindustrian.
-Hasil barangan dan bahan mentah dihantar ke pelabuhan untuk dieksport dengan mudah.
-Lebuh raya utara selatan yang menganjur dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru telah memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
o   Kemajuan teknoogi membolehkan lebuh raya dibina di kawasan tanah tinggi yang melalui genting-genting yang sempit.
o   Terdapat lebuh raya bertingkat dan lingkaran bertingkat di pusat Bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
o   Terdapat system pengangkutan Pintar (ITS)-alat pengesan pergerakan kenderaan yang pertama di lebuh raya Bandar-ITS melibatkan alat pengesan susunan kenderaan, rangkaian maklumat dan video.

Jalan Kereta api

Ø  Pada zaman penjajah tujuan pembinaan jalan kereta api adalah untuk mengangkut bijih timah dari kawasan perlombongan dan pelabuhan.
Ø  GEMAS Negeri Sembilan merupakan Stesen Persimpangan kereta api antara pantai barat dan pantai timur semenanjung Malaysia.
Stesen Kereta api Gemas

Ø  Tumpat menjadi terminal kereta api pantai timur Semenanjung Malaysia.
Ø  Di Sabah landasan kereta api menghubungkan Tanjung Aru ke Tenom dan hanya tertumpu di pantai barat Sabah.
Ø  Tiada pengangkutan kereta api di Terengganu dan Sarawak.
Ø  Antara faedah pengangkutan kereta api ialah
-mengangkut barangan dan penumpang
-meningkatkan hubungan dengan kawasan pedalaman
-membangunkan ekonomi dengan kawasan pendalaman
Ø  Kemajuan dalam pengangkutan kereta api di Malaysia:
-Perkhidmatan rel bersepadu yang terdiri daripada komuter dan transit aliran ringan seperti STAR-LRT, PUTRA-LRT, KL-Monorel dan ERL(Express Rail Line)

ERL-KLIA Transit

STAR-LRT

KL-Monorel

komuter

-Diperkenalkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, masa perjalanan di pendekkan, masalah pencemaran udara dapat dikurangkan.
-Kini, landasan berkembar elektrik sedang dipanjangkan ke Rawang dan Ipoh.



Pengangkutan air
·         Di Malaysia terdapat tiga jenis pengangkutan air iaitu;
-pengangkutan di sepanjang sungai
-pengangkutan laut
-pengangkutan di pesisir pantai

Pengangkutan di sepanjang sungai
1.      Menjadi pengangkutan penting di Sabah dan Sarawak kerana keadaan bentuk muka bumi yang bergunung ganang, hutan tebal serta pengangkutan darat yang terhad.
2.      Di Sarawak sungai Rajang adalah nadi pengangkutan utama penduduk. Sungai Rajang boleh dimudiki sehingga ke Kapit sepanjang 274km.
3.      Sibu dan Sarikei adalah pelabuhan sungai terbesar di sungai Rajang.
4.      Contoh sungai di Sarawak yang menjadi jalan pengangkutan ialah sungai Rajang, sungai Baram, sungai Batang Lupar, dan sungai Kemena digunakan untuk megangkut barangan dan penumpang.
5.      Contoh sungai di Sabah ialah sungai Kinabatangan, sungai Segama, sungai Padas. Sungai Kinabatangan amat penting untuk mengangkut kayu balak ke pelabuhan Sandakan.
6.      Pengangkutan sepanjang sungai di Semenanjung Malaysia adalah kurang penting kerana keadaan sungai yang pendek, cetek dan sempit.


 Pengangkutan Laut
1.      Pengangkutan laut sangat penting untuk perdagangan antarabangsa.
2.      Terdapat beberapa pelabuhan kontena yang menguruskan urusan perdagangan antarabangsa seperti pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan Klang, pelabuhan pasir Gudang, pelabuhan bintulu dan pelabuhan kuantan.
3.      Pelabuhan Pasir Gudang mempunyai tempat membaiki kapal dan terminal menyak minyak kelapa sawit.

Pengangkutan Pesisir Pantai
1.      Sangat penting untuk mengangkut barang pukal seperti hasil pertanian, dan kayu balak dari pelabuhan kecil ke pelabuhan utama.
2.      Juga penting kepada nelayan untuk membawa hasil tangkapan laut seperti pelabuhan Tanjung Dawai, pelabuhan kuala sedili, dan pelabuhan kuala kemaman.
3.      Pelabuhan Lumut dikhaskan untuk mengawal keselamatan Negara.

          Pengangkutan Udara
1.      Pengangkutan udara digunakan untuk menghubungkan bandar-bandar utama dalam negara, menghubungkan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak dan menghubungkan Malaysia ke seluruh dunia.
2.      Syarikat penerbangan yang mengendalikan pengangkutan udara di Malaysia ialah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Syarikat Air Asia dan Syarikat Firefly.
3.      Kepentingan pengangkutan udara di Malaysia ialah;
§  Dapat mengangkut barangan yang mudah rosak dan perlu dihantar segera seperti barangan elektronik, komponen komputer, ubat-ubatan, bunga dan buah-buahan.
§  Memajuan sektor pelancongan Negara
§  Menghubungkan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak kerana pengangkutan darat yang terhad. Kaedah doktor udara digunakan untuk memudahkan penduduk mendapat rawatan.
4.      KLIA adalah lapangan terbang serantau di Malaysia. 36 lapangan dan padang terbang di Malaysia diuruskan oleh Malaysia Airport Holding Berhad di Sepang.
5.      Terdapat dua jenis penerbangan di Malaysia iaitu penerbangan antarabangsa dan penerbangan domestik.

Air Asia

Firefly

Malaysia Airline System(MAS)

Malaysia Airport Holding Berhad

Lapangan Terbang KLIA

Lapangan Terbang Anatarabangsa Langkawi
    Antara lapangan terbang antarabangsa dan domestik di Malaysia;
Kawasan
Lapangan Terbang Antarabangsa
Lapangan Terbang Domestik
Semenanjung
Malaysia
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) di Sepang, Bayan Lepas(Pulau Pinang),Pulau langkawi dan Senai,Johor
Alor Setar, Ipoh, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu
Sarawak
Kuching
Sibu,Bintulu,Miri,Marudi,Kapit,Belaga,Long Lellang,Bario,Bakalalan,Long Seridan, Long Semado,Mulu, Lawas, Limbang,Long Banga, Mukah
Sabah
Kota Kinabalu
Kudat,Sandakan,Tomanggong,Lahad Datu, Semporna, Tawau,Keningau, Sapulut,Long Pasia,Pulau Labuan
Perbandingan perkembangan pengangkutan di Malaysia dan
Kanada


Ciri-ciri
Malaysia
Kanada
Lebuh raya
Lebuhraya PLUS yang menghubungkan terminal di utara (Bkt Kayu Hitam) dengan terminal di selatan (Johor Bahru)
Trans Canada Highway menghubungkan St.John’s di Newfoundland di timur Kanada dengan Victoria di British Colombia di barat Kanada
Jambatan
o   Jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Tanah Besar Semenangjung Malaysia-Jambatan Pulau Pinang.
o   Akibat kepadatan penduduk di Pulau Pinang proses pembnaan jambatan kedua sedang giat dijalankan.
o   Pulau Prince Edward dengan New Brunswick di tanah besar Kanada-dikenali dengan nama Confederation Bridge.
o   CB adalah jambatan terpanjang di Kanada dan berterusan melalui laut yang diliputi ais.
Jalan Kereta api
o   Adalah penting untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal.
o   Memajukan kawasan pedalaman dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk
o   Terdapat jalan kereta api rel bersepadu
o   Kaedah pengangkutan yang paling ekonomik bagi mengangkut kontena dan barangan pukal yang melibatkan jarak yang sangat jauh.
o   Terdapat perkhidmatan kereta api Pasifik Kanada dan Kereta Api Kebangsaan Kanada.
o   Memudahkan kadar ketersampaian penduduk dari Kanada Timur ke wilayah-wilayah Prairie.
Pengangkutan laut
o   Terdapat beberapa pelabuhan kontena yang menjalankan perdagangan import dan eksport.
o   Pelabuhan barat di pelabuhan Klang dilengkapi dengan kemudahan berteknologi tinggi untuk memunggah kargo.
o   Pelabuhan Tunder Bay merupakan pelabuhan terbesar di Kanada yang mengendalikan eksport gandum.
o   Jalan Air St Lawrence-Tasik-tasik besar telah menggalakkan pertumbuhan perindustrian di tanah pamah St.Lawrence-jalan air terpanjang di dunia.
o   Menggalakkan pertumbuhan Bandar pelabuhan seperti Montreal, Quebec, dan Ottawa.
Pengangkutan udara
o   Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi pintu utama masuk pengangkutan udara antarabangsa.
o   Pengangkutan udara penting untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar-bandar.
o   Lapangan terbang anatarabangsa yang terletak di Montreal dan Vancouver di Kanada.
o   Kapal terbang digunakan untuk mengesan dan mengawal kejadian kebakaran hutan pokok tirus pada musim panas.

Kesan perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar

1.      Bukan kesan positif sahaja, kesan negatif juga wujud.
2.      Pencemaran alam sekitar berlaku dan tidak dapat dielakkan.Pencemaran udara berlaku dengan bertambah kenderaan bermotor yang mengeluarkan asap dan gas-gas beracun. Akibatnya kesihatan penduduk terjejas.
3.      Pertambahan kenderaan juga mengundang pencemaran bunyi. Penduduk yang tinggal berhampiran lapangan terbang terpaksa berhadapan dengan pencemaran ini.
4.     Pertambahan pengangkutan air akan menambah kes perlanggaran kapal serta tumpahan minyak. Pencemaran air yang berlaku akan mengancam hidupan laut.
Langkah mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar
  •    Penggunaan petrol tanpa plumbum harus diwajibkan oleh pihak berkuasa. Kempen menggalakkan penggunaan ‘Catalytic converter’ dijalankan. Alat ini dapat menukar gas karbon monoksida kepada karbon dioksida.
  •   Pengurusan trafik harus lebih sistematik.Sistem pengangkutan yang lebih efisien akan menggalakkan penduduk menggunakan pengangkutan awam. Maka, perkhidmatan rel bersepadu di Kuala Lumpur dan bas pengantara harus bekerjasama.
  •   Lebih banyak tumbuhan hijau ditanam di Bandar. Hal ini mewujudkan ‘Green Belt’ atau ‘kawasan hijau’ untuk mengurangkan pencemaran utama.
  •   Hakisan tanah serta gelongsoran tanah akibat pembinaan lebuh raya dapat diatasi dengan penanaman tumbuhan litupan bumi seperti rumput, membuat teres di cerun bukit dan membina longkang-longkang besar.

Sumber gambar: google

7 comments:

  1. terima kasih, ini membantu saya untuk buat karangan Pengajian Am.

    ReplyDelete
  2. saya nak kesan positif. Ada tak ?

    ReplyDelete
  3. assalam cikgu. tq. saya copy ya untuk PBS geo saya. Band 5 ni cikgu! :)

    ReplyDelete
  4. Saya perlukan rumusannya........

    ReplyDelete
  5. assalam , cikgu Rizal sy copy bab 15 ni utk kajian kes , thank

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...