Showing posts with label Himpunan Hadis. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Hadis. Show all posts

Sunday, 26 August 2012

Doa orang yang dizalimi adalah mustajab

Daripada Abdullah bin Abbas r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Takutilah doa orang yang dizalimi, sesunguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah". (hadis riwayat al-Bukhari)

Wednesday, 15 August 2012

Kebaikan Hubungan Silaturrahim

Daripada Anas bin Malik r.a Nabi SAW bersabda:" Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim (dengan insan)". (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengasihani Manusia

Daripada Jarir bin Abdullah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak mengasihani manusia, nescaya Allah Azzawajalla tidak mengasihaninya". (hadis riwayat al Bukhari dan Muslim)

Sunday, 12 August 2012

Kemestian Memberi Nafkah kepada Bapa

Daripada Jabir bin Abdullah r.a, Nabi SAW bersabda: "Diri engkau dan harta engkau adalah untuk bapa engkau". (riwayat Ibn Majah)

Syurga di Telapak Kaki Ibu

Daripada Jahimah al-Sulami, beliau datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya ingin berperang dan saya datang untuk berbincang". Rasulullah bertanya: "Adakah engkau mempunyai ibu? Beliau menjawab: "Ya". Rasulullah bersabda: " Dampingilah dia , sesungguhnya syurga terletak di kedua kakinya". (Riwayat al-hakim)

Keterangan Hadis di atas menunjukkan  "Syurga terletak di kedua kakinya": Ini kerana sesuatu benda jika berada di bawah tapak kaki seseorang, ia tidak boleh diambil atau dicapai oleh orang lain melainkan jika ia terdapat di tempat itu (Syarah Sunan al-Nasa'i)

Thursday, 2 August 2012

Puasa Bulan Syawal

Daripada Abu Aiyub al-Ansari r.a Nabi s.a.w bersabda;
    "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia ikuti pula dengan puasa enam hari pada bulan Syawal nescaya ia mendapat ganjaran setahun." (Riwayat Muslim)

Bersahur

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda;
"Bersahurlah!Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan".(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, 1 August 2012

Kesempurnaan Syafaat Rasulullah S.A.W

Daripada Anas bin Malik r.a,Nabi s.a.w bersabda "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat".(hadis riwayat al-bukhari dan Muslim)

Keterangan hadis;
  • Setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w tidak mendoakan sedemikian.Ini kerana baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung  kesusahan di dunia.
  • Hadis ini juga menerangkan kesempurnaan syafaat Nabi s.a.w dan belas kasihan baginda terhadap umatnya.Baginda ambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat itu.
Sumber: Ustaz Zahazan Mohamad,Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam(300 hadis bimbingan)

Friday, 27 July 2012

Memberi makan kepada orang yang Berpuasa

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Barang sesiapa yang memberi makan orang-orang yang berpuasa(berbuka) maka mereka akan memperoleh ganjaran pahala orang yang berpuasa itu tanpa sesekali mengurangkan pahalanya".(hadis riwayat Ahmad,Al-Tirmizi,Ibnu Majah)

Thursday, 26 July 2012

Hadis tentang Sedekah

*Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
    "Senyumanmu semasa berjumpa dengan saudaramu adalah sedekah. Mencegah daripada melakukan kemungkaran dan mengajak orang melakukan makruf adalah sedekah. Menunjukkan jalan kepada orang yang sedang tersesat adalah sedekah. Meminpin orang yang lemah pandangannya(buta) adalah sedekah. Membuang batu, kayu, duri dan tulang di jalanan juga adalah sedekah''.(Riwayat Al-Tarmizi)

Memakan Sumber yang Haram

*Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
 "Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram, maka nerakalah tempatnya".(Hadis Riwayat Al-Tarmizi)

Tuesday, 24 July 2012

Hadis tentang Tanda-Tanda Kiamat

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Antara tanda-tanda hari kiamat adalah apabila seseorang lalu di dalam masjid tanpa menunaikan solat dua rakaat di dalamnya dan seseorang yang tidak memberikan salam kecuali kepada orang yang dikenalinya". (Riwayat a-Tabbarani)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Tidak akan berkurangan harta dengan sebab bersedekah(berzakat)...Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...