Showing posts with label Kisah Para Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kisah Para Nabi. Show all posts

Saturday, 11 August 2012

Kisah Hidup Nabi Hud as

Asal Keturunan

    Salasilah Nabi Hud as bermula daripada Sam bin Nuh iaitu cucu Nabi Nuh. Secara lengkap asal usul Nabi Hud as ialah...
    Nabi Hud as bin Abdullah bin Ribah bin Hulud bin Aus bin Irmi bin Soleh bin Alfalisyada binSam bin Nuh bin Adam. Nabu Hud as diutuskan oleh Allah kepada kaum A'd  yang lupa, tidak mengenal Tuhan kerana terlalu mecintai dunia, menikmati kesenangan, nikmat dan kesejahteraan dunia semata-mata. Nabi Hud as yang diutuskan adalah daripada suku mereka sendiri, berpengaruh dan dihormati, berkelakuan baik sejak kecil, budi pekerti yang luhur, lurus dan bijaksana dalam pergaulan dengan kawan-kawannya.
     Nabu Hud as senantiasa mengajak dan menyeru kaumnya untuk menyembah Allah dan meninggalkan sembahan agama berhala, serta melarang menganiaya dan menindas sesama manusia. Bangsa A'd adalah bangsa yang hidup senang, mewah kerana dikunia Allah dengan kebun-kebun yang luas, hasil bumi yang berlipat kali ganda banyakknya. Dengan kekayaan mereka dapat membina rumah dan istana yang mewah dan besar sebagai tempat kediaman mereka.

Umur para Nabi dan Rasul

Nabi/Rasul
Umur/Jangka Hayat
Nabi Adam as
1000 Tahun
Nabi Nuh as
930 Tahun
Nabi Ibrahim as
195 Tahun
Nabi Ismail as
137 Tahun
Nabi Ishak as
137 Tahun
Nabi Yaakub as
144 Tahun
Nabi Yusuf as
110 Tahun
Nabi Musa as
123 Tahun
Nabi Daud as
70 Tahun
Nabi Sulaiman as
180 Tahun
Nabi Zakaria as
300 tahun
Nabi Yahya as
95 Tahun
Nabi Syuib as
254 Tahun
Nabi Saleh as
180 Tahun
Nabi Hud as
165 Tahun
Nabi Isa as sebelum diangkat ke langit
33 Tahun
Nabi Muhammad SAW
63 Tahun


Sunday, 5 August 2012

Kisah Hidup Nabi Idris as

Asal Keturunan Nabi Idris a.s

   Nabi Idris as adalah keturunan keenam daripada Nabi Adam as, melalui putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama dikurnai kenabian, menjadi setelah Adam dan Syith.
   Menurut riwayat, nabi Idris bermukim di Mesir dan berdakwah agama Allah, mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat serta kehancuran dan kebinasaan di dunia. Nabi Idris as hidup sehingga umur berusia 82 tahun.

Gelaran Nabi Idris

    'Idris' adalah nama gelaran kerana ia banyak mempelajari shahifah yang diturunkan kepada Nabi Adam as, Nabi Syis dan kepadanya sendiri sebanyak 90 shuhuf, dari Syif 50 shuhuf dari Adam 10 shuhuf dan kepadanya sendiri 30 shuhuf.
    Dia sangat banyak ilmunya dan beliau diangkat menjadi Nabi dan rasul. Hal ini diterangkan di dalam kitab Tafsir Fathul Qadir dan riwayat-riwayat yang menceritakannya. Beliau mempunyai kekuatan yang luar biasa sehingga beliau mendapat gelaran "Asadul Usud" ertinya harimau dari segala harimau. Gelaran ini diberikan kerana Nabi Idris berani memerangi orang-orang yang derhaka kepada Allah SWT.
   Beliau senantiasa ingat kepada Allah SWT dan Tuhan telah memberikan kepadanya darjat yang tinggi, sebagaimana Firman Allah yang bermaksud;
     "Dan ingatlah engkau tentang Idris yang tersebut dalam Kitab. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat benar, seorang Nabi. Dan kami telah ditempatkan dia di satu tempat yang tinggi". (maryam:56-57)
Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah;
  1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.
  2. Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu, demikianlah pula puasa dan sembahyangmu.
  3. Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam doa.
Nabi Idris melihat alam ghaib

       Menurut keterangan sebahagian ahli tafsir bahawa ketika terbuka bagi Idris untuk berkenalan dengan malaikat, maka Nabi Idris mempunyai keinginan untuk melihat alam ghaib, maka keinginan Nabi Idris ditunaikan oleh Allah sehingga naiklah Nabi Idris kelangit keempat dan sebahagian ulama mengatakan langit keenam.
      Dalam hadis yang diriwayyatkan oleh Bukhari, dari Anas bin Malik dinyatakan: "Ketika Nabi Muhammad SAW dan Jibril melalui sesuatu tempat pada malam Israk dan Mikraj, beliau telah bertemu dengan Nabi idris sambil berkata: Selamat datang Nabi yang soleh dan saudara yang soleh. Kemudian bertanya Nabi Muhammad SAW kepadanya: "Siapakah ini?Jibril menjawab: "Inilah Idris". di dalam Al-Quran ada mneyebut;
         "Dan (ingatlah) Ismail, Idris dan Zulkifli, sekalian mereka adalah dari orang-orang yang bersahabat. Dan Kami masukkan mereka dalam rahmat Kami, kerana sesungguhnya mereka dari orang-orang yang soleh-soleh". (Al-Anbiya:85-86)

Kisah Nabi Adam a.s

Nabi Adam adalah nabi pertama. Beliau manusia pertama dan beliaulah nenek moyang sekalian manusia. Beliau dijadikan Tuhan daripada tanah. Sebagaimana Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud:
Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari tanah yang kering, dari tanah yang hitam yang busuk baunya”. (Al-Hijir:26)
Allah SWT telah menciptakan Jin sebelum Nabi Adam. Telah disebut dalam FirmanNya iaitu; “Kami telah menjadikan Jin sebelum manusia daripada api yang sangat panas”. (Al-Hijir:27). Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah SWT akan kehendakNya menciptakan makhluk yang lain itu, mereka khuatir kelalaian,kealpaan mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana perlanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah SWT: “Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu nescaya akan bertengkar antara satu dengan yang lain, akan saling bunuh membunuh berebut menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya sehingga akan terjadilah kerosakkan dan kehancuran di atas bumi Tuhan ciptakan itu. Lantas Allah SWT berfirman untuk menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu;
“Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadannya, bersujudlah kamu dihadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah SWT melarang hambaNya beribadah sesame makhlukNya”. Pada suatu hari diciptakannya Adam oleh Allah SWT dari segumpalan tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

Iblis Ingkar Sujud kepada Nabi Adam as.



       Seketika Nabi Adam telah dijadikan Allah, maka datanglah perintah kepada sekalian Malaikat supaya sujud menghormati Nabi Adam, kecuali Iblis yang sombong kerana berasa dirinya lebih mulia dari Nabi Adam. Oleh kerana ia dijadikan daripada api, sedangkan Adam dijadikan daripada tanah. Itulah alasan Iblis.
      Kebanggaannya dengan asal-usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti malaikat yang lain, walaupun Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintahkan oleh Allah.
      Tuhan bertanya kepada Iblis: "Apakah yang mencegahmu bersujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tanganKu? Adakah engkau menganggap dirimu besar dan agung?
     Iblis menjawab, " Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau telah ciptakan aku dari api dan menciptakan dia dari lumpur". Sebagaimana Firman Allah SWT:
     "Ingatlah ketika Allah berfirman kepada para malaikat. Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka semua, kecuali Iblis yang engan dan sombong, maka dia adalah termasuk golongan yang kafir". (Al-Baqarah:34)


Iblis dikutuk oleh Allah SWT


       Kerana Iblis tidak mahu sujud kepada Adam, maka Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:  "Allah SWT bertanya: Hai Iblis! mengapa engkau tidak turut bersama mereka yang bersujud. Ia menjawab: Aku tidak mahu sujud kepada manusia yang Engkay jadikan dia dari tanah kering, dari tanah hitam yang busuk baunya. Allah SWT berfirman: Keluarlah engkau daripadanya, kerana sesunguhnya engkau terkutuk. Dan sesunguhnya atasmu laknat sampai hari pembalasan". (Al-Hijir:32-35)


      Kerana kesombongan, kebongkaran dan pembangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah mengajar Iblis dengan mengusirnya dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai dengan kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.


     Iblis dengan bongkaknya menerima baik ganjaran Tuhan itu dan ia hanya memohon kepada diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkan ia samapai hari kebangkitan. Iblis telah menerima jaminan Tuhan bahawa ia diberi tangguhan hidup sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan akan mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan mengikut ke jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan perkara mungkar, mengoda sehingga melalaikan manusia dari perintah Allah dan mempengaruhi mereka supaya tidak bersyukur dan beramal soleh.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...