Friday, 31 August 2012

Apakah Erti Kemerdekaan??

Alhamdulillah sekali lagi kita merdeka, selepas kemerdekaan yang pertama pada 1 Syawal. Bulan Syawal, bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 untuk semua rakyat Malaysia. Slogan yang diperkenalkan untuk tahun ini adalah "Janji ditepati". Bukan hanya sekadar slogan, jangan janji hanya tinggal janji sebagai rakyat Malaysia diharap mampu menghayati slogan yang diperkenalkan itu.Inilah kemerdekaan yang kita kecapi selepas sekian lama dijajah, ditakluk oleh kuasa asing bermula pada tahun 1511 sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
     Jika diimbas kembali selama lebih empat kurun kita dijajah, banyak peristiwa suka duka, pahit manis yang dilakar dan dicoret dalam sejarah bumi Melayu iaitu negara kita Malaysia. Bermula dengan kedatangan penjajah Portugis dan kepulangan penjajah British selama tempoh itulah, para pejuang dan pendekar Melayu berjuang berkorban darah dan nyawa demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka yang kita nikmati sekarang ini. Pengorbanan mereka sangat besar dan seharusnya dikenang sehingga generasi yang akan datang. Sesiapa sahaja penjuang atau pemimpin yang berjiwa untuk membela dan mempertahankan hak rakyat dan negara harus dikenang sebagai wira buat semua rakyat Malaysia.
     Namun, adakah 55 tahun kemerdekaan membawa erti kemerdekaan yang sebenar kepada kita??Erti kemerdekaan yang sebenar sangat luas.Bukan sahaja merdeka daripada belenggu penjajah, bebas daripada pemerintahan penjajah tetapi bebas dari penaklukan dan penjajahan minda, akhlak, sikap daripada nafsu dan unsur jahat yang ada disekeliling kita. Walaupun secara luaran kita tidak dijajah dan ditakluk tetapi hakikat sebenar penjajah dalaman masih ada, kita dijajah oleh nafsu dan budaya yang ditinggalkan oleh penjajah.
    Kita boleh renung,kita boleh lihat, kita sedar apa yang berlaku terhadap masyarakat kita sekarang. Pergaulan bebas, Mat Rempit, penagihan dadah, penderhakaan ibu bapa, penzinaan, hubungan songsang, peniruan budaya(punk, skinhead,black Metal,pengkid) sehingga mengikis budaya Melayu  adalah contoh penyakit sosial yang melanda masyarakat kita sekarang khususnya pemuda,pemudi,putera puteri kita. Adakah makna kemerdekaan telah kita kecapi sekarang??Secara keseluruhannya sudah pasti tidak.Siapa yang patut mengubahnya, sudah tentu jawapannya adalah diri kita sendiri.
   Di sini, saya ingin berkongsi lagu sempena hari kemerdekaan negara kita pada tahun ini:


p/s: Marilah kita sama-sama jaga negara Malaysia, inilah negara yang kita ada... dunia adalah jalan ke syurga..merdeka yang sebenarnya apabila kita berada disana..pesanan ini buat diri penulis sendiri dan juga para pembaca sekalian.

Tuesday, 28 August 2012

Doa Pelindung Diri

           
      Alhamdulillah, pada pagi yang mulia ini, cuaca yang agak sejuk dan berangin selepas semalam hujan rahmat turun membasahi bumi, dianugerahkan pula umur yang membolehkan mata terbuka, hidung bernafas, tubuh badan bergerak untuk melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar manusia.
         Sekali lagi, Syukur ke hadrat Allah SWT, yang banyak memberikan rahmat kepada kita, rahmat yang paling besar dan tidak ternilai ialah kita boleh meneruskan kehidupan pada hari ini dan untuk hari-hari yang seterusnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan para pembaca blog sekalian satu doa yang boleh dijadikan pelindung diri daripada apa juga musibah dan kemudharatan dengan iziNya.Mungkin, ada yang sudah tahu, ada juga yang baru tahu, dan yang tidak tahu.Tapi, yang paling penting kita mahu jadikan doa ini sebagai amalan seharian kita.
        Doa ini perlu dibaca tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang nescaya tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu. Menurut Sunnan at-Tarmidzi dikatakan "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka tidak akan ditimpa keburukan/musibah pada hari itu". 

p/s marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini agar kita sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah SWT.


Sumber doa: Ustazah Siti NorBahyah Mahamood

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...