Friday, 17 October 2014

Puting Beliung di Kedah

Puting Beliung di Kedah-14oktober 2014





Kejadian yang jarang-jarang berlaku di Malaysia iaitu  puting beliung telah melanda daerah Pendang, Kedah kira-kira jam 4.30 petang tadi.beberapa buah rumah telah mengalami kerosakan.

Para pengguna Facebook mula memuat naik gambar pusaran angin yang dikatakan setinggi bangunan 4 tingkat. Kejadian ini kerap berlaku di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat tetapi akibat gangguan sistem angin dan cuaca, fenomena ini sukar diramal.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ekoran angin kencang dan hujan lebat yang turun sejak jam 4 petang tadi.

Puting beliung berkelajuan lebih 80KM/j itu dapat dilihat dengan jelas oleh mereka yang menggunakan lebuhraya utara selatan yang menghala ke selatan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang fenomena tersebut.

Sunday, 24 August 2014

Megapower dari Turki

Kapal milik negara Turki yang membawa tenaga elektrik 1200megawatt  yang mampu membekalkan elektrik kepada penduduk GAZA selama 120hari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...