SALAH
|
BETUL
|
Alasan/sebab
|
Lampu-lampu merah bergantungan
|
Lampu merah bergantungan
|
Perkataan bergantungan
telah menunjukkan banyak/jamak.Oleh itu, perkataan kata ganda lampu-lampu
salah satunya perlu digugurkan
|
Anak adalah anugerah Tuhan
|
Anak ialah anugerah Tuhan
|
Kata pemeri ialah
digunakan sebelum kata nama/frasa nama.
|
Ibu bapa-ibu bapa
|
Para ibu bapa
|
Perkataan Ibu bapa menggambarkan seorang ibu atau seoarang bapa,dalam
ayat ini perlu ditambah perkataan para untuk menunjukkan ramainya ibu bapa.
|
check- in
|
“check-in”
|
Perkataan dalam bahasa
Inggeris mesti ada tanda pengikat kata bersamanya.
|
Jemputan mengambil tempat duduk
|
Jemputan mengambil tempat
|
Perkataan duduk perlu digugurkan kerana perkataan tempat sudah
menunjukkan jemputan telah ada tempat sama ada duduk atau berdiri.
|
Daripada Abu Said al-Khudri r.a.,Nabi s.a.w bersabda"Sesunguhnya dunia adalah manis dan indah. Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia. Lalu, Allah melihat bagaimana kamu beramal". (Hadis Riwayat Muslim) "Jadilah sebaik-sebaik khalifah(pemimpin) seperti Khulafah ar-rasyidin Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar al-khattab r.a, Saidina Usman ibn Affan r.a dan Saidina Ali bin Abi Talib kwj.
Tuesday, 25 June 2013
5 contoh kesalahan bahasa
Siapakah Ibnu Battuta?
Siapakah Ibnu Battuta?Namanya terpahat di dalam bidang pengembaran atau pelayaran dan seorang yang sangat dikenali di merata dunia.
Muhammad bin Abdullah bin Muhammad Al-Lawati Al-Tanji ialah nama sebenar beliau.Dilahirkan pada 24 Februari 1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah di Bandar Tanjah,Moroco(Maghribi). Gelaran yang lebih dikenali kepada beliau ialah Ibnu Battuta atau As Sham Ad-Din.
Selain terkenal sebagai seorang pengembara, beliau turut terkenal dalam bidan penulisan buku Tuhfat al-Nazhar yang mengisahkan pengembaraanya ke benua Asia dan Afrika.
Ibnu Battuta memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun. Bermula pada hari Khamis 14 Jun 1325, beliau meninggalkan Tanjah Moroco untuk menjelajah dua benua iaitu Afrika dan Asia. Beliau menggembara selama 38 tahun (suatu tempoh masa yang sangat lama) dengan jarak perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dalam benua Afrika dan Asia.
Beliau balik semula ke tanah airnya semasa pemerintahan Sultan Abu Inan.Pengalaman penggembarannya itu ditulis semula oleh Ibn Juza melalui bukunya yang diberi judul Tuhfat al- Anzhar fi Ghoraib al-Absar wa Ajaib al-Asfa.
Dipetik daripada buku Ulama Membina Tamadun Manusia,sususnan Wahba,Hafiz Hamzah.

Subscribe to:
Posts (Atom)