Tema
- Kesedaran terhadap kewajipan manusia ketika hidup untuk bekalan dibawa ke akhirat
Persoalan
- Kepentingan ilmu agama kepada seseorang insan.
- Kemuliaan dan keagungan Tuhan
- Kepentingan ibadah sembahyang
- Ilmu yang tidak dimanfaatkan
Gaya Bahasa
- Repitisi-Asam kandis asam gelugur
- Simile-Bagai pokok tidak berbuah
- Inversi-hendaklah kita
Nilai
- Keinsafan-Apabila insaf, kita hendaklah memohon keampunan atas dosa yang telah dilakukan.
- Ketaatan-Setiap hamba mestilah taat kepa Tuhan
- Kepentingan ilmu-Ilmu yang dimiliki amat penting diamalkan.
Pengajaran
- Kita mestilah mengamalkan ilmu yang dimiliki demi kebaikan.
- Setiap insan mestilah taat akan perintah Tuhan
- Kita mestilah sentiasa mengingatkan diri sendiri
Daripada Anas bin Malik r.a,Nabi s.a.w bersabda "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat".(hadis riwayat al-bukhari dan Muslim)
Keterangan hadis;
- Setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w tidak mendoakan sedemikian.Ini kerana baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan di dunia.
- Hadis ini juga menerangkan kesempurnaan syafaat Nabi s.a.w dan belas kasihan baginda terhadap umatnya.Baginda ambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat itu.
Sumber: Ustaz Zahazan Mohamad,Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam(300 hadis bimbingan)