Sunday, 22 July 2012

Bab 9 Migrasi Penduduk

  • Migrasi ialah perindahan/penghijrahan/pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain secara kekal atau sementara.
  • Du jenis migrasi iaitu;
          a)migrasi dalaman
          b)migrasi antarabangsa
  • Transmigrasi ialah perpindahan penduduk dari satu pulau ke pulau-pulau yang lain secara paksaan seperti penduduk di Pulau Jawa berpindah ke pulau Sumatera dan pulau Kalimantan.
Migrasi Dalaman
-melibatkaan penduduk berpindah/berhijrah antara daerah dan negeri dalam negara yang sama.


  • Di malaysia,Migrasi dalaman berlaku dalam empat jenis iaitu;
  1. migrasi luar bandar ke bandar
  2. migrasi bandar ke luar bandar
  3. migrasi luar bandar ke bandar
  4. migrasi bandar ke bandar
  • Migrasi yang paling kerap berlaku di Malaysia ialah migrasi luar bandar ke bandar.
Contoh Pola Migrasi dalaman di Malaysia

Pola migrasi dalaman
Ciri-ciri
Luar Bandar ke bandar
·         Pola migrasi yang paling banyak/kerap berlaku
·         Golongan muda adalah migran utama
·         Alasan migrasi adalah peluang pekerjaan, kadar upah tinggi, taraf hidup dan kemudahan social yang baik.
·         Contohnya ke Lembah Klang, Bayan Lepas dan Bayan Baru Pulau pinang.
Luar Bandar ke luar bandar
·         Perpindahan penduduk  yang padat dari kawasan luar Bandar ke kawasan luar Bandar yang baru dibangunkan/dibuka.
·         Melalui dasar kerajaan  dilaksanakan oleh beberapa agensi iaitu FELDA dan FELCRA
·         Misalnya kawasan tanah rancangan baru iaitu;
1.       DARA-Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara.
2.       KESEDAR-Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan.
3.       KETENGAH-Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.
4.       KEJORA-Lembaga Kemajuan Johor Tenggara.
5.       SLDA-Lembaga Kemajuan Tanah Sabah.


Biografi Imam Al-Shafie



  • Imam Al-Shafie atau dikenali dengan gelaran Imam Shafie adalah pengasas utama mazhab Shafie. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf.
  • Imam Shafie adalah daripada keturunan Arab Quraisy dan berkait rapat dengan keturunan Nabi Muhammad S.A.W sebelah Abdul Manaf.
  • Atas perkaitan ini Imam Shafie digelar Anak bapa saudara Rasul atau daripada golongan yang dipanggil Zawil Qurba.

Kelahiran Imam Shafie
  • Menurut riwayat Imam Shafie dilahirkan pada bulan Rejab 150 hijrah. Beliau dilahirkan di Ghazzah dalam wilayah Palestin.
  • Kelahiran Imam Shafie berlaku pada bulan dan tahun yang sama dengan kewafatan Imam Abu Hanifah.Ada sesetengah pendapat mengatakan pada malam kematian Imam Abu Hanifah, Imam Shafie dilahirkan.
  • Beliau dilahirkan pada zaman Abu Jaafar Al-Mansur menjadi Khalifah di Baghdad. Al-Mansur ilah Khalifah Bani Abbas yang kedua. Pada masa itu,wilayah Islam telah pesat berkembang dan kota-kota besarnya seperti Baghdad, Kufah, Damsyik, Fustat(Mesir) dan Qurtubah (Andalus) sudah maju dan terkenal sebagai gedung ilmu pengetahuan.
Ibu Imam Shafie
  • Ibu kepada Imam Shafie bernama Fatimah.Jika disusur kembali keturunan ibu Imam Shafie nyata beliau juga adalah keturunan Rasulullah sebelah anaknya Siti Fatimah.Ibunya Fatimah itu adalah Fatimah binti Abdullah Bin Al-Hasan bin Husain bin Ali bi Abi Talib.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...