Tuesday, 17 July 2012

Bab 1 Kedudukan

MARI MENGENAL  LATITUD DAN LONGITUD




LATITUD


1.Latitud adalah garisan mendatar/melintang.Latitud terpanjang ialah G.khatulistiwa (0°).
2.Garisan Khatulistiwa membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu;
          a) hemisfera utara
          b) hemisfera selatan
3.Selain G.khatulistiwa, Latitud meliputi G.Artik,G.Sartan,G.Jadi dan G.Artartika serta kutub utara dan kutub selatan.







Petunjuk;

P- G.Artik
Q-G.Sartan
R-G.Khatulistiwa
S-G.Jadi
T-G.Antartika




 LONGITUD


  1. Longitud adalah garisan menegak/bujur dari kutub utara ke kutub selatan.
  2. Logitud utama ialah Garisan Greenwich atau Meridian Pangkal bernilai (0°).
  3. Longitud yang sama 180° T dan 180° B dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa.
  4. Lihat rajah berikut;


Monday, 16 July 2012

KATA BILANGAN

KATA BILANGAN
-Perkataan yang digunakan untuk menyatakan jumlah atau bilangan sesuatu.
-sesuatu yang dimaksudkan merangkmi benda,haiwan,tumbuhan dan sebagainya.

-Ada lima jenis kata bilangan:
1.Kata bilangan  tak tentu contoh;beberapa,segala,semua.....contoh ayat; Semua ibu bapa perlu membimbing dan mendidik anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna.
2.Kata bilangan himpunan contoh satu,dua,tiga....contoh ayat;Tiga ekor Harimau yang memasuki kawasan ladang itu telah ditangkap oleh Jabatan PERHILITAN.
3.Kata bilangan pecahan contoh;sepertiga,setengah....contoh ayat; Hanya setengah daripada kek hari jadi itu habis dimakan oleh kanak-kanak yang hadir.
4.Kata bilangan tingkat contoh; pertama,kedua,ketiga,keempat....contoh ayat; Ahmad mendapat tempat pertama dalam acara lontar peluru.
5.Kata bilangan Pisahan contoh;setiap,tiap-tiap,masing-masing...contoh ayat;Para pelajar diingatkan supaya berhati-hati semasa menunggang basikal  pada setiap kali datang ke sekolah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...